Terengganu Guna Khidmat Konsultan Bimbing Atlet Sukma

MAJLIS Sukan Negeri Terengganu (MSNT) merancang untuk menggunakan khidmat konsultan bagi membimbing dan memantapkan lagi prestasi atlet Terengganu sebelum berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak Julai ini.

Pengarah MSNT Ibni Amin Busu berkata langkah itu bertujuan memastikan Terengganu memperoleh banyak pingat emas dan sekali gus bergelar juara kali ini.

“Kami nak pastikan atlet yang disasarkan emas tidak terlepas daripada sasaran yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sasaran kedua ialah atlet yang disasarkan pingat perak atau gangsa untuk digilap mendapatkan emas.

Menurut Ibni Amin pingat emas penting bagi Terengganu kerana acara-acara yang menjadi lubuk Terengganu menuai pingat tersebut seperti kayak tidak diadakan dalam Sukma kali ini.

Menurut Ibni Amin atlet yang akan dibawa ke Sarawak akan ditentukan selepas 31 Mei dan berdasarkan rekod pada Sukma lalu, Terengganu membawa seramai 300 atlet.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan kem latihan terakhir di Institut Kemahiran Belia Negara Jenagor, Hulu Terengganu sebelum berlepas ke pertandingan tersebut.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s