Akademi Hoki Terengganu Diperkasa Guna Khidmat Bekas Pemain Kebangsaan

KUALA TERENGGANU 30 NOVEMBER 2014. Pemain Terengganu (THT) (Jersi putih), Faizal Saari diasak oleh pemain Sapura HC (Jersi biru), Azreen Rizal Nasir pada Perlawanan Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) antara Pasukan Hoki Terengganu (THT) bertemu Pasukan Sapura HC di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu . NSTP/ASWADI ALIAS.

Pemain Terengganu (THT) (Jersi putih), Faizal Saari diasak oleh pemain Sapura HC (Jersi biru), Gambar BH: Hiasan

 

AKADEMI Hoki Terengganu akan menggunakan khidmat bekas pemain hoki kebangsaan Chairil Anuar Abdul Aziz bagi mengemudi akademi itu tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat berkata langkah itu diambil bagi memantapkan lagi barisan pemain akademi dan Chairil mampu membimbing mereka sepenuh masa.

“Sebelum ini para pemain di akademi tersebut dilatih guru-guru yang berpengalaman namun tidak sepenuh masa…setakat ini Chairil telah bersetuju dan terpulang kepada persatuan bila jurulatih itu akan memulakan sesi latihan.

“Jadi kini kita akan menggunakan khidmat jurulatih sepenuh masa bagi membimbang pasukan pelapis ini untuk berada di tangga yang lebih memuaskan,” katanya kepada pemberita selepas meraikan kejayaan pasukan negeri dalam Kejohanan Hoki Bawah 16 tahun Kebangsaan, malam tadi.

Pada majlis itu, Rozi turut menyampaikan insentif kepada para pemain, jurulatih dan pegawai pasukan.

Dalam kejohanan selama sembilan hari itu bermula 12 Mac lalu di Kuala Lumpur, pasukan Terengganu di bawah bimbingan Mohd Fitri Harun muncul juara setelah berjaya menundukkan pasukan Selangor 2-0 menerusi pukulan penalti.

Rozi berkata ketika ini kira-kira 100 pemain bernaung di bawah akademi yang berpusat di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu, terdiri daripada pasukan pelapis dan pemain yang berpotensi diketengahkan dalam kejohanan berprestij.

“Pemain yang berada di akademi ini adalah pelapis untuk pasukan Terengganu dan ia juga platform terbaik untuk melahirkan lebih ramai pemain berbakat dalam sukan hoki.

“Mereka yang berada dalam akademi ini juga berpeluang untuk beraksi bersama Terengganu Hoki Team (THT) mahupun pasukan yang lain,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s