Berkorban Untuk Rakyat, MB, Exco, Wakil Rakyat Terengganu Potong Gaji

Kerajaan Negeri Terengganu akan melaksanakan pemotongan gaji bulanan menteri besar, exco dan wakil rakyat termasuk pembangkang untuk disalurkan kepada Tabung Darul Iman (TDI) demi manfaat rakyat negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata sebagai permulaan, sebanyak 10 peratus gajinya dipotong setiap bulan untuk disumbangkan kepada TDI.

“Borang persetujuan pemotongan gaji akan diedarkan kepada barisan exco dan wakil rakyat, selain kita menggalakkan penjawat awam di negeri ini untuk turut sama menyumbang kepada TDI.

“Setiap bulan, kita memerlukan sebanyak RM800,000 untuk tabung ini…jadi kita perkenalkan konsep ini untuk TDI yang diuruskan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jamuan Bersama Rakyat DUN Pengkalan Berangan di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A.Latiff Awang.

pehimi

TDI diuruskan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof

Bagaimanapun, Ahmad Razif tidak menyatakan bila pemotongan gaji itu dimulakan dan tempoh pelaksanaannya.

TDI yang dilancarkan kerajaan negeri pada Januari lepas bertujuan meringankan penderitaan rakyat yang memerlukan perhatian segera terutama mereka berdepan musibah dan penyakit kritikal.

TDI merupakan penggabungan tiga tabung sedia ada – Tabung Darul Iman, Tabung Bantuan Penyakit Kronik dan Dana Kebajikan Sosial Perubatan – yang memudahkan urusan mengurus dan menyelaras bantuan dengan lebih sistematik dan efisien.

Ahmad Razif berkata pihaknya juga akan berbincang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membenarkan pengecualian cukai bagi individu yang membuat potongan gaji untuk TDI.- Bernama

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s