Dakwaan Rasuah Beli Banglo Terlajak Murah: Guan Eng Enggan bercuti

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan melayan desakan supaya beliau mengambil cuti sementara menunggu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran.

“Saya tidak faham kenapa saya perlu bercuti atas dakwaan palsu ini, malah saya tidak mempunyai pengaruh dan kawalan ke atas siasatan SPRM dan juga Peguam Negara, yang mempunyai kuasa pendakwaan penuh.

“Hanya Perdana Menteri yang mempunyai kuasa ke atas kedua-dua SPRM dan Peguam Negara.

“Sekiranya seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri perlu bercuti setiap kali laporan rasuah dikemukakan kepada SPRM, laporan-laporan yang mengarut dan tidak berasas juga boleh dijadikan senjata politik, dan semua orang akan terpaksa bercuti,” katanya dalam satu kenyataan mediadan telah dilaporkan Malaysiakini, hari ini.

guan eng1

Pemuda Pas Pulau Pinang semalam dilaporkan mahukan Ketua Menteri itu bercuti sehingga siasatan dilaksanakan.

Lim juga mengambil kesempatan pengkritiknya iaitu beberapa individu dari PAS dan Umno yang berterusan menyerang dan mencadangkan supaya beliau pergi bercuti.

Menurutnya, kedua-dua BN dan PAS tidak membuat desakan yang sama kepada Datuk Seri Najib Razak untuk bercuti, ketika perdana menteri didapati memiliki derma RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya.

Lim juga mengingatkan pengkritiknya bagaimana Allahyarham Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah disiasat oleh SPRM atas tuduhan palsu rasuah pada tahun 2009.

“Tiada siapa pun meminta Datuk Seri Nik Aziz bercuti kerana Allahyarham tidak mempunyai kawalan dan kuasa ke atas SPRM, dan dakwaan tersebut juga tidak berasas,” katanya. – Malayisakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s