Pulau Bayas Tasik Kenyir Akan Jadi Kawasan Bebas Cukai – MB Terengganu

JOHOR BHARU: Kawasan Bebas Cukai di Pulau Bayas, Tasik Kenyir dijangka beroperasi sepenuhnya pada September ini, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata setakat ini, 75 peratus persiapan bagi memulakan operasi pulau bebas cukai itu sudah dilakukan.

“Saya yakin kita boleh lancarkan pulau bebas cukai itu September ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Beautiful Terengganu Malaysia di Plaza Angsana di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu Datuk Mohd. Jidin Shafee.
kenyir
mb ganu1
Selain pulau bebas cukai itu, katanya Terengganu menawarkan pelbagai produk menarik buat pelancong termasuk Pesona Terengganu 2015, Beautiful Terengganu 2016 dan promosi peringkat antarabangsa di beberapa bandar utama di China.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri Terengganu menyasarkan kehadiran 6.5 juta pelancong dalam dan luar negara sempena program Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

“Kami menyasarkan antara 30 hingga 40 peratus daripada jumlah itu adalah pelancong antarabangsa,” katanya. – Bernama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s