Sebanyak 60 % Kouta MRSM Imtiaz Dungun Untuk Anak Terengganu

MAKTAB Rendah Sains Mara (MRSM) Imtiaz, yang dibangunkan hasil kerjasama kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu dan MARA, beroperasi dengan pengambilan sulung 80 pelajar pada Isnin lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata seramai 70 lagi pelajar akan mendaftar pada 4 April ini menjadikan jumlahnya 150 pelajar.

“Sekolah MRSM Imtiaz Ketengah sedikit berbeza dari sekolah Menengah Imtiaz kerana pengambilannya hanya dibuka untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima sahaja dengan tumpuan khusus dalam bidang sains keusahawanan.

“Bagaimanapun, ia masih mengekalkan konsep asal Imtiaz iaitu mahu melahirkan golongan profesional hafiz dan hafizah, selain menguasai ciri Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik (ijtihadic),” katanya kepada Bernama hari ini.
razif sobri
ismail sobri
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual merasmikan MRSM Imtiaz pada 9 April ini.

Syarat minimum kemasukan MRSM Imtiaz ialah 6A dalam ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga termasuk subjek Sains dan Matematik.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata sebanyak 60 peratus kuota pengambilan pelajar di MRSM Imtiaz disediakan khas untuk anak Terengganu selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu melahirkan generasi profesional Islamik seperti arkitek dan akauntan pada masa akan datang.

“Melalui kerjasama ini, MARA membekalkan semua keperluan pengajaran dan bertanggungjaawab kepada kurikulum dan kokurikulum manakala Yayasan Terengganu pula menyediakan fizikal bangunan dan staf sokongan serta beberapa peralatan yang diperlukan.

“Pelajar di MRSM Imtiaz juga diutamakan untuk kemasukan ke Mara Ketengah International College (MKIC) bagi melanjutkan pengajian peringkat A Level dengan tajaan MARA,” katanya.-MRSM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s