Ketam Nipah Berpotensi Rawat Denggi dan Kanser, Penyelidik Universiti Malaysia Terengganu

Sekumpulan penyelidik Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati ketam bakau berpotensi menjadi penawar penyakit kanser dan denggi.

Walaupun kajian itu masih di peringkat awal, beberapa hasil kajian makmal mendapati ketam bakau atau nama saintifiknya ‘Scylla Olivacca’ berpotensi menjadi ubat kepada penyakit berkenaan menerusi ekstrak partikel nano perak yang terdapat dalam darahnya.

Pengarah AKUATROP, Prof Emeritus Dr Mohd Azmi Ambak, berkata kajian itu baru dijalankan kira-kira setahun dan beberapa bukti penting ditemui bagi menyokong hasil kajian.

Beliau berkata, kajian mendapati, partikel nano perak dalam darah ketam bakau adalah bahan yang mampu menjadi ubat kepada penyakit denggi dan kanser luaran seperti kanser payudara yang menjadi pembunuh utama wanita di dunia.

KUALA NERUS 28 MARCH 2016. Penyelidik Akuatrop Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof, Dr Mhd Ikhwanuddin Abdullah (tengah) menunjukkan sejenis ketam nipah di International Workshop On Portunid Crabs Aquaculture & Sustainable Fisheries 2016 di Auditorium INOS, UMT, Gong Badak. NSTP/ASWADI ALIAS.

Gambar  NSTP/ASWADI ALIAS.

“Di dalam ketam bakau terdapat beberapa partikel nano dan antaranya ialah perak (silver) yang berunsur toksik, tetapi selepas menjalani proses biosintesis, ia akan menjadi ubat yang mampu merawat penyakit denggi dan kanser.

“Bagaimanapun, kajian ini masih di peringkat awal dan kita perlu melalui proses panjang termasuk ujian klinikal yang lebih terperinci sebelum mampu mengeluarkan ubat yang boleh digunakan oleh manusia sejagat.

“Selain khidmat penyelidik UMT, kita juga mempunyai kepakaran saintis dari Kanada yang bekerja secara kontrak di sini dan mungkin akan bekerjasama dengan Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi menjalankan kajian lanjut mengenai penemuan ini,” katanya selepas Bengkel Akuakultur Ketam Portunid dan Perikanan Berdaya tahan Antarabangsa 2016, di sini, pagi tadi.

Bengkel dua hari yang menghimpunkan seramai 100 peserta terdiri daripada penyelidik tujuh negara dalam bidang akuakultur itu dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Ainie Mokhtar.

Selain berpotensi menjadi penawar kepada kanser dan denggi, ketam bakau juga boleh digunakan untuk merawat penyakit udang di kolam ternakan yang sering mengakibatkan kerugian besar kepada penternak secara komersial.

“Kita sudah jalankan ujian makmal terhadap udang segar dan sakit yang diambil dari kolam dan selepas diberi makanan yang mengandungi bahan ini (ekstrak darah ketam bakau), kita dapati ia mampu merawat penyakit berkenaan,” katanya. Berita Harian 28/3/15.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s