Cerita Sebenar Dari Bakal Pengantin Perempuan, Nurul Hasnani, 21 Tahun dan Bakal Pengantin Lelaki, Nor Izzat 27 Tahun

BERIKUT dikumpulkan dua cerita agar mendapat pandangan yang adil berhubung isu pengantin lelaki di tumbuk kerana dikatakan tidak cukup wang hantaran RM15,000 di sebuah masjid di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, kelmarin.

Di pihak sebelah pengantin perempuan menyatakan keluarganya dipukul dahulu, manakala di pihak lelaki menyatakan dia sendiri dipukul oleh pihak pengantin perempuan.

Siapakah yang lebih benar?pengantin-dipukul

CERITA DARI PENGANTIN PEREMPUAN, NURUL HASNANI, 21 TAHUN

Pengantin perempuan, Nurul Hasnani Yazit, 21, berkata, keluarganya hanya bertindak daripada diserang oleh keluarga pengantin lelaki.

Menurutnya, dia tidak menyangka perkara itu me­nimpa keluarganya apatah lagi video bertumbuk antara bakal suami dan keluarga yang berdurasi tiga minit mula tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

“Terus terang saya sedih dengan apa yang berlaku, kawan-kawan juga ada bertanyakan kepada saya tentang kejadian itu kerana ia sudah tersebar.

“Saya tidak mahu cakap me­ngenainya dan rasa kami tidak akan berhubung semula lepas ni,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di PPR Kampung Limau di sini hari ini.

Dia mengulas tentang pergaduhan yang berlaku melibatkan keluarganya di Masjid Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.

Bagaimanapun, dia yang mesra dipanggil ‘Nani’ memilih untuk mengurungkan diri di dalam bilik dan ketika ditemui, raut wajahnya jelas menunjukkan kesedihan.

Semalam, akhbar melaporkan hasrat sepasang bakal pengantin untuk melangsungkan perkahwinan musnah didakwa gara-gara wang hantaran tidak cukup sehingga menimbulkan salah faham dan mencetuskan pergaduhan antara kedua belah keluarga.

Bakal pengantin lelaki yang be­kerja sebagai pengawal keselamatan dikatakan gagal menyediakan wang hantaran RM15,000 seperti yang dijanjikan dan dipersetujui semasa sesi merisik pada Januari lalu.

Dalam pada itu, seorang wanita yang mendakwa keluarga kepada pihak perempuan dengan nama ‘Wanie Azwani’ turut memuat naik penjelasan daripada imam masjid berkenaan menerusi statusnya di laman Facebook.

Memetik kenyataan itu, punca pergaduhan dikatakan bukan disebabkan wang hantaran tidak cukup tetapi isu perjanjian yang gagal ditunaikan, selain pihak lelaki didakwa bercakap secara kurang sopan apabila ditanya mengenai baki wang hantaran tersebut.

Dalam pada itu, bapa Nurul Hasnani, Yazit Hasshim, 48, ketika ditemui berkata, dia enggan me­ngulas lanjut mengenai kes tersebut dan me­nyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa, orang boleh bercakap apa saja tetapi biarlah kebenaran yang menentukan. Berdiam bukan bermakna saya salah atau mengalah.

“Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku ini, apa pun saya hanya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu saudara pihak lelaki yang enggan dikenali berkata, dia tidak me­nyangka pemberian wang hantaran dijadikan isu sehingga pernikahan anak saudaranya terbatal.

“Saya mengenali Nurul Hasnani, dia pernah datang ke rumah sebelum ini. Saya masih terkejut dengan apa yang terjadi kerana hal seperti ini tidak pernah berlaku dalam keluarga kami.

“Perkara sebegini seharusnya diselesaikan dengan cara baik, bukan dengan emosi,” ujarnya.

Sementara itu, bakal pengantin lelaki masih gagal dihubungi kerana menurut ibu saudaranya itu, tele­fon bimbit milik anak saudaranya rosak akibat pergaduhan tersebut. -Utusan

kosmo gaduh

APA PULA KATA PENGANTIN LELAKI, NOR IZZAT 27 TAHUN

Oleh sebab sukar untuk mendapatkan pandangan pengantin lelaki, maka di sini dikemukakan laporan polis pengantin Lelaki Nor Izzat, 27 seperti disiarkan dalam laman terkemuka, Oh! Media.

PANTAI RPT: 3034/16
TARIKH: 26/03/2016@1734 HRS
PENGADU: Nor Izzat Bin xxxxxxx
KP: 890916-14-xxxx
KERJA: Pengawal Keselamatan
TEL: 012-684xxxx
ALAMAT: Jln 62, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor

KETERANGAN REPOT:

Pada 26/03/2016 Jam lebih kurang 1517 hrs, Semasa saya melangsungkan akad nikah di Masjid Al-Khadijiah Kg. Pantai Dalam, KL semasa akad nikah tersebut pihak perempuan tidak mahu meneruskan majlis berikut kerana baki wang hantaran belum di beri. Sewaktu mahu beredar, abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan tersebut.

Selepas itu, mereka tidak bersetuju untuk melangsungkan akad nikah tersebut dan wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000.00. Selepas abang saudara tunang saya buat bising dalam majlis tersebut saya terus keluar dari masjid itu dan abang saudara dia telah menumbuk muka saya. Tiba-tiba datang lagi (2)(L) Melayu dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang telah memukul saya.

Rombongan saya juga dipukul semasa cuba meleraikan pergaduhan tersebut iaitu Mohammad Eszuan (920621-14-xxxx), Muhammad Hafiszan (880912-56-xxxx), Mohd Azree Hazwan (910916-10-xxxx). Kereta rombongan saya juga mereka pukul dan ada kesan kemek. Tujuan saya buat repot untuk mina gantirugi kesemua perbelanjaan majlis nikah tersebut kerana majlis tersebut telah saya gunakan duit sendiri. Sekian laporan saya.

PERBUATAN POLIS:

Telah memaklumkan kepada KPB Pantai, ASP Ezral Ezwani Ab Malik dan arahan KPB Pantai Kes di rujuk kepada pegawai penyiasat jenayah Balai Pantai, Insp Fitri untuk siasatan lanjut kerana terdapat unsur-unsur kekerasan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: