Kajian Dapati Penyu Mati Kerana Tersangkut Pukat Nelayan Atau Terkena Kipas Bot

Bulan Januari hingga April setiap tahun mencatatkan peningkatan kematian penyu ekoran tersangkut pada pukat nelayan atau terkena kipas bot yang membawa pelancong.

Ketua Projek Unit Penyelidikan Penyu (SEATRU), Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Juanita Joseph berkata ini dibuktikan menerusi kajian yang dibuat unit itu.

Beliau berkata walaupun kini musim monsun, bilangan nelayan yang turun ke laut masih tinggi kerana ketika ini jumlah ikan akan bertambah banyak.

“Penggunaan pukat yang membahayakan penyu perlu dipantau bagi mengelak kematian haiwan ini berulang di masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.
penyumati
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian dua ekor penyu dalam tempoh dua hari berturut-turut iaitu di pantai Batu Buruk dan di Dungun.

Juanita berkata kematian penyu-penyu itu dipercayai akibat tersangkut pada pukat nelayan berdasarkan kepada kesan kecederaan pada cengkerangnya.

Beliau berkata selepas April, kebiasaannya kematian penyu akan berkurangan dan jika berlaku, ia disebabkan terkena kipas bot yang membawa pelancong.

“Selepas April, pulau-pulau peranginan di Terengganu mula dibuka kepada pelancong dan risiko kematian penyu akibat dilanggar bot pelancong juga agak tinggi,” katanya.
penyumati1
Sementara itu, data daripada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menunjukkan terdapat lapan kematian penyu direkodkan di seluruh negeri itu setakat ini.

Daripada jumlah itu, tiga kematian penyu direkodkan di pantai Marang, dua kematian di Pulau Kapas dan masing-masing satu di Seberang Takir dan Batu Buruk manakala satu kematian penyu terbaharu di Dungun, yang ditemui orang awam pagi tadi.- Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s