Makmal Penyelidikan Bergerak DI Tasik Kenyir Bernilai RM500,000 Kini Beroperasi

Makmal Bergerak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi makmal penyelidikan bergerak pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti untuk penyelidikan.

Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata makmal yang dikenali sebagai ‘Siti Maya’ itu beroperasi di Tasik Kenyir dan bernilai kira-kira RM500,000.

“Siti Maya bukan sahaja rumah bot penyelidikan malah kini menjadi mercu tanda atau simbol penyelidikan UMT di Tasik Kenyir dan Siti Maya juga merupakan rumah bot terpantas di Malaysia dengan kelajuan maksimum sehingga 10 knot.

“Makmal bergerak tersebut boleh memuatkan 21 orang penumpang, berukuran 14 meter panjang dan 4.8 meter lebar serta dilengkapi dua buah bilik penyelidikan, dua bilik jana kuasa, satu ruang makmal terbuka, bilik ‘pilothouse’ dan dua tandas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Majlis Makmal Bergerak dan Pameran Special Interest Group (SIG) Geopark Tasik Kenyir yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Datuk Rozi Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Ghazali Taib dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Omar Ismail.

Nor Aieni berkata makmal bergerak yang direka khas dan menepati ciri-ciri sebuah makmal penyelidikan telah membuat percubaan dan pengujian pelayaran di Tasik Kenyir pada Disember lalu.

“Sebelum ini, mungkin penyelidik dan pelajar mempunyai kekangan untuk menjalankan kajian kerana faktor jarak dan masa serta tiada kelengkapan, jadi dengan adanya makmal ini ia akan memudahkan urusan penyelidikan dijalankan dan penyelidik dapat menjalankan pemprosesan sampel kajian serta-merta dalam kawasan kajian.

“Kita bertuah kerana makmal bergerak ini dibiayai sepenuhnya oleh Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Nusantara Technologies Sdn Bhd,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata pihaknya berharap dengan adanya makmal tersebut ia akan dapat membantu kerajaan negeri dalam merangka pelan pembangunan yang komprehensif di persekitaran Tasik Kenyir.

“Pada tahun 2013, UMT telah diberi sejumlah tanah berkeluasan 20 hektar oleh kerajaan negeri melalui Ketengah bagi membangunkan stesen penyelidikan untuk memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya. Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s