30 Lagi Mesin Hemodialisis Di 3 Pusat Hemodialisis 1Malaysia Di Terengganu

Terengganu memerlukan 100 petugas baharu bagi mengendalikan tiga buah pusat hemodialisis 1Malaysia yang akan dibuka di Seberang Takir, Marang dan Kuala Berang, tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pada masa ini, sebanyak 40 petugas sedang berkhidmat di tiga buah pusat hemodialisis yang sedia ada di negeri itu.

Pusat hemodialisis 1Malaysia di Terengganu terletak di di Kampung Maras, Batu Rakit, Pusat Transformasi Luar bandar (UTC) Al-Muktaffi Billah Shah dekat Bukit Besi, Dungun dan Hospital Jerteh di Besut.

Beliau berkata petugas di pusat hemodialisis berkenaan dipinjamkan daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pihak hospital berkenaan tidak lagi mampu menyediakan petugas tambahan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Hemodialisis 1Malaysia di Kampung Maras dan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat negeri Terengganu.
2016-03-31-21.26.35.png.png

Justeru, Ahmad Razif berkata petugas baharu bagi pusat hemodialisis perlu mempunyai asas dalam bidang perubatan atau kejururawatan dan akan menjalani kursus lanjutan selama setahun dengan HSNZ.

Di samping pengambilan petugas baharu, kerajaan negeri juga akan menggunakan khidmat penuntut perubatan dan kejururawatan sebagai sukarelawan bagi membantu petugas hemodialisis berkenaan secara mingguan.

Katanya setiap pusat hemodialisis baharu akan dilengkapi antara tujuh hingga 10 unit mesin hemodialisis dan memerlukan 20 petugas bagi menguruskan pesakit yang menjalani rawatan.

Menurutnya, kerajaan negeri memberi subsidi kepada pesakit di pusat berkenaan dengan mereka hanya perlu membayar RM13 bagi satu sesi rawatan berbanding RM250 di pusat hemodialisis swasta.- Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s