Kesatuan Melayu Malaysia-Indonesia Boleh Memimpin Asia

Oleh MOHD HAFIZ ISMAIL
surya
INDONESIA dan Malaysia mampu mengembalikan semangat penyatuan Melayu dan tidak mustahil kedua-dua negara ini juga mempunyai peluang memimpin loncatan besar bagi negara Asia.

Ketua Umum Parti Nasdem Indonesia, Surya Paloh berkata, China, Korea Selatan dan India contoh negara Asia yang mampu mengejar negara maju lain, namun setakat ini negara itu belum mampu memimpin negara Asia melakukan loncatan.

“Dalam hal ini, kita perlu menimbang potensi dan peluang besar boleh diambil bersama oleh Indonesia dan Malaysia.

“Jika di hadapan kita sudah ada sejarah kerjasama antara Indonesia dengan Malaysia, maka tidak keterlaluan jika hari ini kita kembali berbincang mengenai spirit Pan Melayu (semangat penyatuan Melayu),” katanya ketika memberikan Kuliah Umum ‘Restorasi Malaysia- Indonesia: Sejahtera Serumpun’ di Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, kelmarin.

Surya berkata, pada ketika ini peranan Asia Tenggara dalam percaturan ekonomi dan politik dunia tidak boleh dinafikan.

“Asean selaku kesatuan bagi negara-negara di Asia Tenggara mempunyai kelebihan dari segi keluasan kawasan, ekonomi, politik dan kawasan subur jika dibandingkan dengan kesatuan Eropah.

“Dengan kata lain, Asean mempunyai potensi jauh lebih baik daripada kesatuan Eropah jika mampu dikelola secara maksimum,” katanya.

Menurutnya, semangat penyatuan Melayu bukan perkara baharu kerana gagasan tersebut pernah dirintis oleh Nasionalis Filipina, Jose Rizal.

“Ia juga pernah dibahaskan oleh Badan Penyelidik Upaya Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI),” katanya.

Surya berpendapat, antara kerjasama yang boleh dilakukan oleh Indonesia dan Malaysia adalah kerjasama maritim dan kajian ruang angkasa.

“Kedudukan Indonesia dan Malaysia selaku paksi maritim dunia berdasarkan sejarah perdagangan, terbukti membawa keuntungan besar.

“Jika Indonesia dan Malaysia menyusun projek besar pemerhatian dan penjelajahan alam menggunakan prop pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, maka mahu tidak mahu, keperluan penerokaan alam semesta mencakupi ruang angkasa menjadi satu keperluan penting,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s