Terengganu Sedang Usaha Hasilkan 27,000 Anak Penyu

TERENGGANU sudah berjaya mengumpukan hampir 27,000 telur penyu yang baharu dikutip untuk usaha pengeraman di beberapa pantai rezab kerajaan seperti di Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Ma’daerah dan Rantau Abang.

Ketua Cawangan Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber, Jabatan Perikanan negeri Rusman Rusdy berkata, usaha dilakukan itu untuk memastikan spesies penyu terus wujud, bukan pupus.

Pihaknya telah mengambil pelbagai pendekatan dalam usaha menyelamatkan penyu dan yang terbaru ialah memperkenalkan program intergriti dalam konservasi spesis penyu dan pemuliharaan alam sekitar.

“Pertama kali program ini diadakan baru-baru ini, yang disertai lebih kurang 150 ketua-ketua dan pegawai jabatan seluruh Malaysia di Pantai Ma’daerah dan Pantai Rantau Abang,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Rusdy juga berkata, jumlah kematian penyu yang dilaporkan di Terengganu menurun kepada kepada 17 ekor dari Januari sehingga 2 April tahun ini berbanding 44 ekor dalam tempoh Januari hingga Mac tahun lepas.

kes terbaru kejadian penyu mati itu ialah di Pantai Kijal dan Pantai Paka pada 2 April lepas.

“Kedua-dua ekor penyu tersebut adalah penyu jenis agar dewasa,” katanya.

Menurut Rusman berdasarkan siasatan Jabatan Perikanan, penyu itu dipercayai telah mati di laut lebih daripada dua hari sebelum dibawa ombak ke tepi pantai di negeri ini.

Beliau berkata punca kematian penyu berkenaan belum dikenal pasti sehingga kini tetapi berkemungkinan besar kerana terkena peralatan nelayan semasa penyu itu dalam perjalanan naik bertelur di pantai.

Katanya antara lokasi penyu dijumpai mati ialah di Pantai Kluang Besut, Pantai Teluk Lipat Dungun, Pantai Pasir Putih Marang, Kuala Marang, Pantai Air Tawar Besut, Pantai Batu Buruk dan Pulau Kapas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s