YaPEIM Sumbang RM1.4 Juta Untuk Tabung Lonjakan Pendidikan Melayu

dp4
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyumbang RM1.4 juta untuk Tabung Lonjakan Pendidikan Melayu dan Bumiputera (Tanjak) yang ditubuhkan untuk mengumpul dana bagi keperluan pendidikan anak Melayu dan bumiputera dilancarkan secara rasminya Khamis lalu.

Sumbangan YaPEIM itu untuk membantu Tanjak mengumpul lebih banyak dana lagi dalam memberi bantuan pendidikan bagi memperbaiki standard pendidikan Melayu dan bumiputera dalam semua bidang.
dp2
Sumbangan itu diserahkan oleh Presiden yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Dato’ Abd Malek Awang Kechil kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika Majlis Pelancaran Tanjak yang disempurnakan oleh Menteri berkenaan di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

“Jika sebelum ini melalui YPM kita hanya dapat membantu seramai 100,000 pelajar dalam setahun, dengan adanya Tanjak kita berharap jumlah itu mampu mencecah hingga 500,000 pelajar setahun.

“Bagaimanapun, untuk mencapai jumlah tersebut, Tanjak memerlukan kira-kira RM70 juta hingga RM100 juta setahun,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Abdul Karim Mustafa.

Abdul Karim seperti dilaporkan Utusan Malaysia berkata, Tanjak juga membudayakan penabungan untuk generasi akan datang secara kolektif dan berterusan serta membentuk platform hubungan kerjasama strategik bersama penyumbang.

“Tabung ini akan membuka ruang dan peluang kepada syarikat korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan individu untuk menyumbang bersama YPM ke arah pembangunan pendidikan.

“Saya percaya dan yakin usaha murni ini bakal mencetuskan fenomena yang baharu dalam dunia sistem pendidikan di Malaysia. Diharap apa yang dilakukan ini memberi inspirasi kepada semua dalam memartabatkan pendidikan anak-anak Melayu dan bumiputera serta mampu merealisasikan impian anak bangsa kita,” ujarnya.

Tambah Abdul Karim, menerusi Tanjak, penyumbang layak diberikan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Syarikat korporat, syarikat milik kerajaan (GLC) dan individu yang ingin memberikan sumba-ngan, boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam 14041010080877 atas nama Tabung Tanjak; bayar secara tunai di kaunter YPM dan internet banking http://edonation.ypm.org.my/
dp1

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s