Air Banjir Boleh Jadi Air Bersih Serta Merta – Ciptaan Terbaru Universiti Malaya

UNIVERSITI Malaya (UM) mencipta sistem penapisan air ultraturas mudah alih penyucian sendiri secara automatik yang pertama, untuk menghasilkan air bersih daripada pelbagai sumber air.

Timbalan Dekan Institut Pengajian Siswazahnya, Prof Dr Mohamed Kheireddine Aroua berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun dijangka melancarkan inovasi itu pada 9 April di Rumah Himpunan Senabong, Sarawak.

“Air dari sungai, tasik, telaga dan malah air banjir boleh digunakan dengan sistem penapis itu. Pasukan kami telah menguji peralatan itu semasa banjir pada tahun 2014 dan ia masih boleh digunakan sehingga sekarang,” katanya kepada Bernama di sini.
banjie
Mohamed Kheireddine yang mencipta penapis air itu berkata ia telah dibangunkan pada 2014, dengan kerjasama kumpulan projek Doktor Falsafahnya (PhD).

Setakat Februari tahun ini, beliau berkata, pasukannya mempunyai tiga mesin yang kini masih berfungsi di Gua Musang, Kelantan dan Saratok, Sarawak.

Sementara itu, pencipta bersama penapis air, Ketua Jabatan Kejuruteraan Kimia UM, Prof Ir Dr Mohd Azlan Hussain berkata mesin itu boleh menampung keperluan lebih daripada 1,000 orang sehari dengan kapasiti untuk mengeluarkan air bersih sehingga 500 ke 800 liter sejam.

Proses ini adalah mudah di mana air akan ditapis di dalam sistem itu dalam masa satu minit, dengan segera dan berterusan, kata Mohd Azlan.- Bernama
um

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s