40 Graduan Baru Terengganu Jadi Usahawan

PROGRAM Usahawan Graduan Terengganu (PGUT) yang bermula sejak November 2014 kini mula membuahkan hasil apabila 40 daripada 85 pesertanya telah memulakan perniagaan masing-masing.

Timbalan Ketua Eksekutif Operasi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Tengku Khairi Tengku A Rahman berkata lebih membanggakan ada di antara peserta memperoleh lebih RM10,000 setiap bulan hasil perniagaan yang dijalankan.

“Kejayaan program ini adalah hasil kerjasama dengan pembimbing rakan usahawan daripada pelbagai bidang perniagaan yang bertindak sebagai mentor kepada peserta program dalam berkongsi pengalaman mereka mengendalikan syarikat masing-masing.

Peserta akan mendapat manfaat melalui pengalaman praktikal dalam suasana sebenar sebelum mereka sendiri mula berniaga sebaik sahaja tamat mengikuti program ini,” katanya kepada Bernama, semalam.

Razif kenyir

PGUT adalah hasil cetusan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bertujuan membantu golongan siswazah menimba pengalaman sebelum bergelar usahawan membabitkan beberapa syarikat yang cemerlang dalam perniagaan di Terengganu.

Melalui temuduga yang dijalankan, peserta akan dinilai kecenderungan minat mereka untuk memulakan perniagaan sebelum dilatih oleh usahawan dalam bidang pertanian, peruncitan, pelancongan, pemborongan makanan, kosmetik, tekstil dan teknologi komunikasi maklumat.

Tengku Khairi berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi tempoh 2014 hingga 2015 untuk melaksanakan program ini.

“YPU bersama Mara (Majlis Amanah Rakyat) juga sentiasa memantau perkembangan peserta PGUT ini dengan memberi latihan kemahiran untuk mereka lebih maju dalam perniagan dari semasa ke semasa.

“Selain itu, YPU bersama agensi kerajaan berkaitan keusahawanan juga membantu mereka dari segi khidmat nasihat untuk pemasaran, pelabelan dan pembungkusan produk serta memudahkan mereka mendapatkan pembiayaan geran atau pinjaman perniagaan daripada agensi yang sesuai,” katanya. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s