Suami Isteri Mulakan Misi Kemanusiaan Berbasikal Ke Mekah

Peserta Kembara Memburu Hikmah, Ahmad Mohd. Isa, 28, dan isteri, Noradilah Mohd. Sapie, 29, hari ini memulakan misi kayuhan berbasikal kemanusiaan ke Mekah, Arab Saudi.

AHMAD MOHD. ISA dan isteri, Noradilah Mohd. Sapie memegang Jalur Gemilang dalam Majlis Pelepasan Misi Kembara Memburu Hikmah di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam. Utusan/Aizzul A. Majid

Pasangan tersebut bakal berkayuh merentasi kira-kira 13 negara bagi melaksanakan misi yang dijangka memakan masa selama hampir setahun.

Menurut Ahmad, antara negara yang bakal dilalui termasuk Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Bahrain dan Arab Saudi.

Ahmad yang juga seorang arkitek berkata, dia dan pasangan telah membuat persediaan rapi kira-kira setahun lalu menerusi latihan berbasikal ke beberapa lokasi di Semenanjung serta kayuhan di Indonesia.

“Kami bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Humanitarian Care Malaysia (MyCare) akan menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di setiap lokasi hentian.

“Selain itu, kami akan cuba mengumpul pelbagai maklumat mengenai Islam daripada penduduk di negara yang dilalui. Hasilnya akan dibukukan untuk dikongsi dengan orang ramai,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Pelepasan Misi Kembara Memburu Hikmah di pekarangan Masjid Negara di sini.

Acara tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad dan turut dihadiri Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri.

Sementara itu, Noradilah berkata, mengembara ke serata dunia terutama ke Mekah merupakan satu impiannya sejak kecil lagi.

“Saya berharap dengan sokongan padu daripada keluarga, kami dapat menyempurnakan misi ini sebaik mungkin. Kami juga merangka beberapa strategi bagi memastikan misi ini terlaksana,” ujarnya.

Ibu kepada Ahmad, Nuridah Mohd. Isa, 50, berkata, beliau menyokong penuh cita-cita anaknya dalam menjayakan misi kemanusiaan tersebut.

“Diharapkan cita-cita Ahmad dan isteri tercapai sekali gus mencetus inspirasi kepada anak muda lain untuk mengikut jejak langkah mereka,” katanya. Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: