Mufti Wilayah kongsi Cara Dakwah Dengan ‘bikers’

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad hari ini berkongsi cara dakwah berkesan bersama kumpulan penunggang motosikal berkuasa besar atau ‘bikers’ dalam program ‘Route to Jannah’ di Kuala Lumpur.

Kata Zulkifli mengikut sejarah Nabi terdahulu, cara berdakwah secara berkesan ialah dengan menjamu makanan kepada kelompok sasaran yang ingin didakwah.

mufti wp1

“Cuba kita tengok sirah Nabi saya dapati salah satu cara paling berkesan nak tarik manusia, bukan ceramah sebaliknya cara paling berkesan namanya memberi makan. Bila Nabi nak panggil penduduk Mekah, dia jamu makan,” katanya kepada 200 peserta acara itu di Restoren D’Saji Titiwangsa.

Zulkifili berkata, mengikut pengalamannya sendiri, apabila beliau mengajar kuliah agama, anggaran kehadiran sekitar 70 hingga 100 orang peserta.

Namun sekiranya disediakan kambing golek, indeks kehadiran akan meningkat berbanding hari-hari lain.

kambinggolek

“Tempat saya mengajar ni ada dalam sebulan ada sekali hidang kambing bakar. (Bila ada kambing bakar) indeks kehadiran naik. Naluri manusia suka makan dan mereka datang dengan keluarga,” katanya sambil ketawa.

Selain itu katanya, sekiranya ingin menganjurkan kuliah, bikers disarankan mencari penceramah yang memberikan ceramah singkat supaya tidak bosan.

“Kedua nak ajak cari penceramah, cari yang beri ceramah pendek macam saya supaya tidak bosan. Tahu tuan-tuan tunggu nak makan (lepas ceramah),” katanya yang menambah tajuk ceramah haruslah santai.

Kata Zulkifli lagi, golongan bikers ini boleh merancang aktiviti dakwah bersama-sama dan membahagikan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan tugas.

Tambahnya, zaman teknologi sekarang, mereka boleh menayangkan kuliah dari penceramah terkenal seluruh dunia melalui media sosial.

“Sekarang banyak di Facebook, contohnya Dr Zakir Naik kita boleh tayang video dia. Nak bincang perbandingan agama tayang video Ahmed Deedat, nak cari keinsafan cari penceramah sekitar,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya desakan Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy menggesa agar Kerajaan Persekutuan menghalang Zakir dari menyampaikan ceramah, Zulkifli berkata: “Saya tak dapat dengar lagi, kenyataan secara rasmi itu.

“Setahu saya dia seorang Muslim dan sebagai seorang yang beramal dengan Islam, yang mengikut akidah ahli Sunnah wal jamaah.

“Dia lebih kepada perbandingan agama dan membuka kepada keabsahan, sifat agama islam itu sendiri. Maksudnya dia salah seorang tokoh Islam dalam hal-hal agama. Mungkin sebab itu timbul. Saya kena tengok dulu,” katanya.

Dr Zakir Naik dijadual menyampaikan syarahan bertajuk ‘Is the Quran God’s Word?’ di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 16 April ini. – Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s