Di Dungun, Terengganu: Kompaun Boleh Sampai RM500 Jika Buang Sampah Merata-Rata

BANDAR  Singapura bersih kerana penduduk di negara itu terlatih dengan denda yang tinggi bagi memastikan bandar itu setaraf dengan negara maju lain.

Di negara ini banyak orang belum terlatih mengamalkan buadaya bersih dan tidak membuang sampah merata-rata dan dengan itu perlukan latihan dan disiplin dari segi peruntukan undang-undang seperti kompaun yang tinggi.

sampah

Bernama melaporkan di DUNGUN: Majlis Perbandaran Dungun akan mengenakan tindakan kompaun serta-merta RM10 kepada orang ramai yang didapati membuang sampah merata-rata di daerah itu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun A Rahman Che Ali berkata kompaun itu dilaksanakan sebagai usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai serta peniaga untuk memelihara kebersihan bandar.

“Apa yang kami lakukan ini bukan hendak mencari keuntungan mahupun menghukum tetapi mahu masyarakat sama-sama menceriakan bandar Dungun,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya dalam menjayakan operasi itu, sepasukan anggota penguat kuasa beruniform akan ditempatkan di beberapa lokasi tumpuan ramai seperti Hentian Bas Kuala Dungun, Pusat Niaga Sura Gate, Taman-taman Rekreasi, Dataran Arena Merdeka dan Pusat Niaga Paka.

Beliau berkata hukuman lebih berat akan dikenakan kepada mereka yang gagal membayar kompaun RM10 iaitu bayaran denda ditingkatkan secara automatik kepada RM500.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s