Pentingnya Perpaduaan Di Kalangan Ummah Muslim – Dr Zakir Naik

KUALA NERUS: Lebih 30,000 orang memenuhi Stadium Tertutup Gong Badak di sini malam Ahad untuk mendengar ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik.

Orang ramai mula memenuhi stadium pada jam 8.00 malam dan ada yang terpaksa mendengar ceramah di bahagian luar kerana semua tempat duduk dalam stadium dipenuhi.

Dr Zakir, 50, yang tiba di negeri ini semalam menyampaikan ceramah bertajuk ‘The Importance of Unity Among Muslim Ummah’ selama dua jam bermula 9.45 malam.
drzakirnaik
Orang ramai berpeluang menyoal Dr Zakir sejam selepas itu.

Sebelum menceburi bidang dakwah, beliau terlatih sebagai doktor perubatan.

Dr Zakir yang pertama kali ke Terengganu akan berada di sini selama lima hari dan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.

Kehadiran beliau adalah bagi memenuhi undangan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang berhasrat meluaskan aktiviti dakwah di negeri ini. -Bernama

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s