Terengganu Cadang Jual Pasir Laut Ke Pihak Luar

Kerajaan Terengganu yang menjadikan hasil petroleum sebagai antara sumber utama ekonomi negeri kini bercadang menjadi pembekal pasir sungai ke negeri lain berikutan kejatuhan harga petroleum di pasaran dunia ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia juga sebagai langkah untuk mencapai sasaran kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kepada 4.5 peratus pada tahun ini.

“Kita nampak sudah ada pemulihan sekarang ini, harga minyak pun agak stabil sedikit, tapi sekarang ini kita cuba selesaikan liabiliti-liabiliti negeri dan kita sedang tingkatkan hasil negeri.

“Antara perkara yang sedang kita fikirkan untuk tingkatkan hasil negeri adalah melalui cukai-cukai antaranya royalti air, royalti air laut, penjualan tanah dan pasir.

“Sebab kalau kita tengok muara sungai kita cetek, jadi apa salahnya sekarang kita menggunakan apa yang berlaku sebagai satu peluang kalau kena dengan caranya,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama.

Bagaimanapun Ahmad Razif berkata, bagi memulakan langkah itu, kerajaan negeri perlu meneliti beberapa peraturan sedia ada berkaitan penjualan pasir dan mengubah polisi yang sebelum ini tidak membenarkan pasir dari negeri ini dijual kepada pihak luar.
jual pasir
“Yang ini kita akan nilai balik melalui penjualan pasir kerana dahulu polisi penjualan pasir ini kita tak buat di luar…yang ini kita akan kaji balik,” jelasnya.

Katanya sebelum ini, kerajaan membelanjakan RM500,000 setahun bagi menguruskan pasir di muara sungai di Merchang.

“Jika kita bagi pihak luar yang buat, kita akan dapat semula hasil RM500,000 itu setahun,” katanya.

Ahmad Razif turut menjelaskan, selain penjualan pasir, kerajaan negeri juga bercadang membekal air bersih ke negeri-negeri lain menerusi projek rawatan air di Kemaman dengan usaha sama pihak Petronas.

“Sebelum ini, kita telah menjual air bersih ke negeri Kelantan. Di samping itu pihak Petronas juga bersetuju menyerahkan projek rawatan air berkenaan kepada kerajaan negeri dengan nilai sebanyak RM11 juta.

“Selain itu, kita juga memberikan peruntukan sebanyak RM600 juta untuk kita naik taraf rawatan air di Kemaman dan mungkin kita boleh bekalkan untuk industri di Gebeng, Kuantan…jadi mungkin lepas ini kita akan jana lebih banyak pendapatan untuk negeri Terengganu,” katanya.-Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s