Penganggur Didakwa Bunuh Anak Perempuan Teman Wanita

SEPANG: Seorang penganggur berusia 21 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membunuh anak perempuan bongsu teman wanitanya yang berusia 19 bulan pada 31 Mac lepas.

Aizat Abdullah Othman dituduh membunuh Hannah Sufiyah Muhammad Adib di rumah sewa ibu kanak-kanak berkenaan di Apartment Teratai, Jalan Putra Perdana, Puchong pada kira-kira 1.40 petang.
bayidhempas
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan tenang dalam kandang dan mengangguk tanda faham apabila ditanya sama ada dia memahami pertuduhan yang dibacakan atau sebaliknya.

Majistret Sharifah Muhaymin Abd Khalib menetapkan tarikh sebutan semula pada 30 Mei bagi menantikan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Aizat Abdullah menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam Kee Wei Lon sementara pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aziatul Afrizan Alias.

Sebelum ini, media melaporkan Aizat Abdullah dan teman wanitanya, seorang penjawat awam berusia 27 tahun, direman sejak 2 April berhubung kematian anak bongsu daripada tiga beradik berkenaan.

Bagaimanapun hari ini, hanya suspek lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang untuk didakwa sementara teman wanitanya difahamkan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Antara yang dilihat hadir di mahkamah pada hari ini ialah datuk mangsa, Mohd Yusoff Abdullah, 51, dan beberapa petugas Jabatan Imigresen yang merupakan rakan sekerja ibu mangsa.

Mohd Yusoff ketika ditemui pemberita selepas prosiding mengesahkan beliau akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk mengambil menantunya yang dibebaskan hari ini. 14/4/16 Bernama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s