Dr Zakir Cetus Fenomena Luar Biasa Di Terengganu

Oleh Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan

KUALA NERUS, 10 April -- Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) turut menghadiri majlis syarahan yang disampaikan oleh iIlmuwan Islam terkenal Dr Zakir Naik (kanan), bertajuk 'The Importance of Unity Among the Muslim Ummah'?? di Stadium Tertutup Gong Badak malam ini.?-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) turut menghadiri majlis syarahan yang disampaikan oleh iIlmuwan Islam terkenal Dr Zakir Naik (kanan), bertajuk ‘The Importance of Unity Among the Muslim Ummah’ di Stadium Tertutup Gong Badak. fotoBERNAMA

Siri jelajah pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik ke empat daerah di Terengganu telah mencetuskan fenomena baharu dan impak hebat dalam kalangan masyarakat terhadap ceramah agama Islam.

Suasana dan sambutan terhadap kunjungan Dr Zakir selama enam hari ke negeri itu ternyata meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ceramah agama apabila lebih 100,000 membanjiri empat siri syarahan di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Kemaman.

Program anjuran kerajaan negeri itu buat julung kali menyaksikan masyarakat daripada aliran politik atau fahaman agama berbeza berhimpun untuk mendengar syarahan agama daripada pendakwah India berusia 50 tahun itu.

Siri jelajah tersebut mendapat reaksi positif daripada semua pihak dan kedatangan Dr Zakir ke negeri ini meninggalkan 1001 memori apabila seorang pelajar bukan Islam melafazkan syahadah pada siri terakhir di Kemaman.
pehimi1
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Mohamad Pehimi Yusof mengakui usaha kerajaan negeri menganjurkan siri jelajah itu memberi impak yang besar kepada masyarakat di negeri ini.

“Kita tak sangka setiap syarahan dihadiri puluhan ribu orang…ini sesuatu di luar jangkaan sebab kita fikir kalau dah dibuat di Kuala Terengganu, mungkin di Besut dan Kemaman akan kekurangan audiens, tetapi Alhamdulillah sambutannya sangat hebat.

“Sekarang dilihat telah menjadi trend masyarakat berkumpul beramai-ramai untuk menimba ilmu agama dan kerajaan negeri haruslah merancang lebih banyak program keilmuan seperti ini kerana ia merupakan teras untuk masyarakat membimbing sesebuah keluarga dan diri sendiri,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pula berkata program tersebut dilihat selari dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Melihat kepada sambutan ini, memang program ini sangat berjaya. Inilah salah satu prinsip penyatuan yang dibawa oleh kerajaan negeri.

“Kita juga boleh lihat, orang bukan Islam turut menyertai syarahan ini dan ini merupakan penyatuan yang sangat membanggakan bila orang ramai bersatu dalam satu program dan melupakan ideologi masing-masing,” katanya.

Sementara itu, pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata negara kita masih kekurangan pakar perbandingan agama hingga menyebabkan kedatangan ilmuan tersohor tersebut memberi impak yang besar bukan sahaja di Terengganu malah di seluruh negara.

“Kita mempunyai ramai pakar dalam agama Islam tetapi kurang pakar dalam perbandingan ilmu agama seperti Dr Zakir,” katanya.- Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.