Berbaloi kerja sebagai pembantu rumah, kata belia tempatan

KUALA TERENGGANU:

“Kerja yang membosankan, tiada masa hadapan dan tiada masa bersosial.”

Ia kata-kata biasa yang dilemparkan bagi menggambarkan situasi kerja sebagai pembantu rumah hingga ia gagal menarik minat ramai golongan muda.

Namun dalam ribuan yang menolak kerja itu, masih ada yang bersedia melakukannya selagi ia mampu memberi pulangan lumayan serta manfaat lain.

Siti Nordira Mat Hassan, 26, dari Kemaman sudah terbiasa dengan tanggapan negatif masyarakat sekeliling sejak menceburi kerja itu tiga tahun lepas dan bersyukur diberi peluang keluar daripada dunia pekerjaan yang hanya ‘cukup makan’ malah tidak pernah berpeluang langsung menabung.

“Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya pernah bekerja di kedai makan, kedai membuat biskut, pasar raya dan membersih rumah penginapan. Saya memperoleh gaji sekitar RM900. Tapi bila ditolak kos minyak motosikal dan makan minum, gaji yang tinggal cuma berbaki RM400 sahaja.

“Itu belum lagi kos membeli barangan lain termasuk bil telefon. Hendak membantu keluarga pun berkira-kira apatah lagi menabung.”

“Kini saya memperoleh pendapatan bersih hampir RM1,000, kadang-kadang menerima bayaran lebih masa jika majikan ke luar negara. Makan dan penginapan tidak perlu saya fikirkan kerana ia sedia ada dan selesa.

“Selain itu, setahun sekali majikan akan memberi peluang kepada saya untuk memilih tempat percutian dan menyediakan semua kos perbelanjaan, itu belum lagi bonus dan duit raya. Saya tidak memperoleh semua itu sebelum ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Menurut Siti Nordira, ramai yang tidak mengetahui bahawa jika bekerja dengan tekun dan setia, mereka mampu menambat hati majikan malah memperoleh keuntungan berganda berbanding pekerjaan lain.

An Indonesian maid works at her employer's house in Kuala Lumpur June 26, 2009. Indonesia will temporarily halt sending maids to Malaysia until there are discussions on the review of the memorandum of understanding (MoU) on the matter, Bernama New Agency reported. REUTERS/Zainal Abd Halim (MALAYSIA POLITICS EMPLOYMENT BUSINESS)

Gambar: Hiasan/Reuters

Wanita warga asing menguasai kerja itu kerana ia ternyata menguntungkan malah mereka mampu membina rumah dan menyara keluarga di negara asal.

“Untuk apa merasa terhina sedangkan ramai rakan seusia saya hanya duduk di rumah sahaja apabila tidak mahu bekerja di pasar raya dan kedai makan. Kerja ini membuka mata saya untuk bertekad membuka pusat jagaan kanak-kanak satu hari nanti.

“Saya bukanlah orang senang, hanya tinggal di kawasan perumahan PPRT. Daripada wang gaji dan dikumpulkan beberapa bulan, saya mampu menyumbang membaiki rumah, membayar penuh pinjaman motosikal yang dahulunya tertunggak dan kini saya mula mengambil lesen kereta,” katanya. – BERNAMA

Gambar: Hiasan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: