Murid 8 Tahun Di Rotan Guru Tuisyen Tak Siap Kerja Rumah

JOHOR BAHRU: Seorang guru tuisyen didakwa telah merotan seorang budak perempuan berusia lapan tahun kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

Bapa tiri kepada murid Tahun Dua itu berkata anaknya dilihat mempunyai kesan rotan pada tangan dan kakinya apabila dia pulang dari pusat tuisyen itu di bandar Melaka kira-kira pukul 7.15 petang pada 12 April.

Beliau berkata, anaknya itu telah dihantar ke sana kira-kira pukul 2 petang.

“Saya terkejut apabila melihatnya dan menghubungi pusat itu.

“Guru itu berkata anak perempuan saya lembab dalam pembelajaran dan tidak menyiapkan kerja rumahnya. Itulah sebab mereka memukulnya.

“Walaupun mereka telah memberitahu kami yang mereka memang menggunakan kaedah itu untuk mengajar kanak-kanak, saya tidak fikir mereka akan memukulnya sehingga ke tahap itu,” katanya.

rotan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam  MCA Pasir Gudang Lim Thow Siang di sini, Khamis.

Ketika dihubungi, datuk kepada pelajar itu yang membuat laporan polis di Balai Polis Tengkera, Melaka pada 13 April, berkata beliau dan isterinya telah menjaga mangsa sejak dia masih bayi di rumah mereka di Melaka.

“Anak perempuan saya bekerja di Singapura dan tinggal di Johor Baru dengan bapa tiri kanak-kanak itu di mana beliau menjalankan perniagaan,” katanya.

Beliau mendakwa bahawa ini bukan kali pertama murid itu telah dirotan di pusat tuisyen itu, ‘tetapi biasanya mereka hanya memukul tangannya’.

Budak perempuan itu telah dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka, katanya.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk menangkap guru tersebut.

“Kami sedang menyiasat kejadian itu berdasarkan laporan yang dibuat oleh datuknya,” katanya. Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s