Badan berbulu seperti ‘Serigala Jadian’

FIZIKAL Muhammad Raihan, 13, sama seperti remaja seusia dengannya, namun apa yang membezakan dia dengan rakan-rakannya yang lain adalah bulu-bulu lebat yang melitupi hampir keseluruhan tubuh termasuk wajah dan belakang badannya.

Selain itu, tangan, kaki, perut serta punggungnya juga ditumbuhi rerambut hitam yang tebal dan memiliki kepanjangan sehingga 7.6 sentimeter.

Dek kerana itu, dia sering diejek dengan panggilan ‘budak serigala’ atau ‘muka monyet’ oleh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling.

Berasal dari Desa Mamburung di Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia, Muhammad Raihan yang mesra disapa Raihan sedikit pun tidak berasa sedih, malah menganggapnya ketidaksempurnaan itu sebagai satu rahmat daripada Tuhan.

Biarpun diejek, tidak kurang juga ada yang datang ke rumah Raihan semata-mata mahu meminta rahmat. Ini kerana, selain menjadi tumpuan orang ramai, ada yang menyamakannya dengan watak Hanuman atau Dewa Monyet dalam dongeng masyarakat Hindu.

“Kadang-kadang ada penduduk dari kampung lain yang sanggup datang ke rumah semata-mata mahu melihat saya. Mereka fikir saya dewa atau kanak-kanak yang memiliki kekuatan luar biasa,” tambahnya seperti dipetik portal Liputan6.com.

Serigala jadian

Raihan dilahirkan dalam keluarga yang taat pada perintah agama. Sepeninggalan bapanya kira-kira 10 bulan lalu, dia tinggal bersama ibunya, Pardan dan empat adik-beradik lain.

Menurut Pardan, dia sudah mem­bawa Raihan mendapatkan rawatan, namun menghentikan usahanya itu selepas doktor memberitahu bulu itu akan terus tumbuh dan akan menjadi semakin lebat seiring dengan pertambahan usia anaknya itu.

“Beberapa doktor menyarankan Raihan menjalani rawatan laser, namun ia di luar kemampuan kami,” ujarnya.

Bagi Raihan, dia reda dan mengambil keputusan untuk menghentikan pengambilan ubat-ubatan.

“Saya tidak mahu lagi mengambil ubat kerana saya lebih bahagia sebegini,” katanya.

PARDAN (kiri) berhenti mendapatkan rawatan untuk Raihan selepas diberitahu bulu pada badan anaknya itu akan menjadi semakin lebat seiring dengan pertambahan usia.

 

Raihan sebenarnya didapati menghidap hipertrikosis sejak dilahirkan. Penyakit yang juga disebut sindrom serigala jadian itu berpunca daripada pertumbuhan rambut secara berlebihan yang disebabkan oleh gangguan atau kecacatan kromosom.

“Ia adalah keadaan kelainan genetik yang mana bulu-bulu halus tumbuh berlebihan pada tubuh tanpa diketahui puncanya. Namun, ada segelintir masyarakat percaya, keadaan itu diwarisi sejak turun-temurun kononnya manusia dikatakan lahir dengan bulu pada seluruh tubuh seperti mawas,” kata Pardan.

Menurut Pakar Kesihatan Keluarga, Dr. Philip Zaret dari Chicago, Amerika Syarikat, berdasarkan nisbah hipertrikosis berlaku sekali dalam 10 juta kelahiran.

“Seluruh tubuh penghidap sindrom ini akan ditumbuhi bulu, terutamanya pada muka, dada dan belakang badan.

“Akibat mutasi genetik dan sel ini, bulu dalam jumlah yang luar biasa akan tumbuh di kawasan yang jarang ditumbuhi bulu seperti kelopak mata dan dahi.

“Ia boleh hadir semasa bayi dilahirkan atau mula menampakkan simptom semasa kanak-kanak tersebut membesar,” jelasnya.

Rawatan laser

Mengulas lanjut, Zaret berkata, simptom penyakit itu boleh dikenal pasti menerusi pertumbuhan bulu secara tidak normal dan berlebih-lebihan.

“Ada juga dalam kalangan pesakit hipertrikosis yang mengalami masalah gusi membesar dan kerosakan pada gigi,” ujarnya.

Pun begitu, dia memberitahu, pertumbuhan secara tidak normal itu tidak memudaratkan kesihatan sehingga memerlukan pesakit bergantung kepada ubat tertentu.

“Bagaimanapun, ramai pesakit terutamanya golongan wanita mahu mendapatkan rawatan atas faktor kosmetik kerana berpendapat keadaan itu tidak dapat diterima masyarakat umum,” ceritanya lagi.

Dari segi rawatan, Zaret berkata, pesakit boleh menjalani prosedur rawatan kosmetik menerusi kaedah pembuangan bulu sementara atau kekal.

“Melalui rawatan pembuangan bulu sementara, bulu pesakit akan dicukur, dicabut atau dibuang dengan cara waxing. Kesannya hanya mampu bertahan selama beberapa minggu.

“Pesakit juga boleh menjalani laser dan elektrolisis iaitu kaedah pembuangan bulu secara kekal. Ia sedikit menyakitkan dan menelan belanja yang agak besar,” katanya. – Kosmo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s