TAKDIRKAN DIA UNTUK AKU

Marahkah aku? Menyesal ke aku? Tidak. Tidak sama sekali..tapi kenapa nak menyesal?

Kenapa nak marah? Ya Allah kenapa…macam mana… kenapa sekarang baru aku jumpa dia…?

Dalam keadaan yang tidak mengizinkan kami untuk saling menyayangi..

“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah. Aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak. Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan perjalanan hidup yang dah aku lalui

“Nak tak kita kawin? Abang betul-betul sayang Farisya… abang ikhlas, abang tak kisah apa pun status Farisya… tak salahkan kita kawin?” – aduhhh!!! Kenapa la aku boleh jumpa dengan dia. Bukannya tak kenal sebelum ni, tapi kenapa sekarang??

..Dia suami orang, anak dua, comel anak-anak dia. (tersenyum). Betul juga kata Fairul, tak salah kalau kami kawin, sebab aku BUKAN HAK SIAPA-SIAPA.. tapi mampukah aku untuk sakitkan hati seorang perempuan??.. Ya Allah hanya padaMu ku berserah..

5 Tahun yang lalu..

Tahun 2008, umur aku 21 tahun. Habis ja belajar, peringkat diploma, belum sempat aku konvo..dapat tawaran kerja sebagai pengurus restoran sebuah syarikat makanan segera di Kuala Lumpur. Siapa sangka kan.. rezeki seawal ni, pengurus beb!!..hahahahaha…dah tu memang sesuai dengan bidang yang aku belajar “Pengurusan”.. memang tak tolak..alhamdulillah aku tak merasa apa itu menganggur.

Hampir empat tahun aku bekerja, takdir temukan aku dengan seorang lelaki. Bersulam kasih, tak sampai pun setahun, kami buat keputusan untuk tamatkan hubungan ke jinjang pelamin. Bukan aku terdesak nak kawin..tapi entah la..mungkin ini takdir aku.

Takdir juga yang membuatkan aku memilih Azmi untuk di jadikan pasangan hidup………

Dari awal perkahwinan kami memang tak pernah tinggal bersama. Dia di Penang aku di Perlis. (Bunyi macam jauh jaa).

Macam pasangan lain, mana ada yang kawin, niat siap-saip akan bercerai. Mungkin ini takdir untuk aku. Hampir 5 tahun rumah tangga aku, akhirnya aku ambil keputusan untuk berpisah.

Aku yang failkan cerai Fasakh.

Perjalanan rumahtangga yang tiada persefahaman serta campur tangan ibu mertua, rumahtangga kami tak pernah aman..

“Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi,” sukmaku bergema berkali-kali kata-kata ini.

Aku teruskan cita-cita ku untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi demi masa depan aku dan anak ku..ya anak amanah Allah…..
ud
Kini,

Aku di Malaysia, tempat lahir dan tumpah darah diriku. Aduhai puitis bagai. Empat tahun yang lalu hati ini berat untuk meninggalkan Malaysia tetapi kerana seorang lelaki, aku lumpuh dan membawa diri beribu batu sehingga sanggup menyendiri di negara orang. Aku kini merupakan graduan dari sebuah universiti ternama di luar negara. Siapa sangka kan??

“Kak Ngah?”. Pekikan itu telah meleyapkan segala ingatan aku pada kenangan lalu.
“Tak yah sengih-sengih. Tu ada orang datang kat depan.”

Siapa yang datang ya. Hati ini tertanya-tanya mengapa mereka datang ketika aku baru nak berrehat-rehat sambil menikmati tiupan angin Malaysia. Aku terus mencapai tudung dan menyarungkan di kepala. Kakiku aku perlahankan saat aku dapat mengecam bunyi suara dan hilai tawa itu.

Wajah itu.

Walaupun aku tahu kenapa wajahnya berubah, aku tetap harus menyedarkannya. Perkahwinan lalu yang tak pernah bahagia, dan hasil perkahwinan aku dengannya, aku dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Muaz.

Tapi apa tujuan mereka datang??

Oh tidakkk. Tak akan sekali aku biarkan mereka mengambil Muaz dari aku. Aku memang nak jumpa dia tapi bukan sekarang. Aku masih belum bersedia. Dengan tujuan agar anak aku kenal ayah dia sendiri.

Setelah berpisah tak pernah sekali pun lelaki tu, ambil tahu akan hal Muhammad Muaz. Hati mana yang tak marah. Di saat aku susah, aku dibiarkan. Aku tidak akan menerima kembali bekas suamiku…….
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku mendongak. Mata kami bersatu, lidahku kelu, dan tubuhku menggigil. Fairul, lelaki yang pernah aku cintai dan sehingga hari ini tiada yang dapat menggantikan tempatnya dihati. Dia yang ku sayang, dia yang ku benci. Perkenalan atas dasar “teman tapi mesra”.

Takdir temukan kami kembali.

“How are you Farisya?”pertanyaan darinya. Terhenti lamunanku.

“Good. You?”

“Alhamdulilah. Kalau saya tak sihat, saya tak berada disini, didepan awak.”

“Daripada awak berangan sorang-sorang, lebih baik awak temankan saya jalan-jalan bukan ke lebih baik?”

“Saya lebih rela duduk sorang-sorang kat sini dari teman awak.”

“Ok fine.” Mukanya tegang. Oh yeh oh yeh. Anda berjaya Farisya. Dia menuju ke arah anakku. Membisik sesuatu.

“Mama, jom la jalan-jalan, abang ni nak belanja makan”.

Terkejut aku dipanggil Muaz. Abang???? Lelaki tua tu dipanggilnya abang…Muaz oh Muaz..ya kau masih kecil untuk tahu semua takdir hidup yang pernah dilalui mama. Syukur Ya Allah, kini aku mampu mneyenangkan keluarga dan anak aku. .

“Banyak sangat makan sardin ke masa dulu?”

“Ah?” apa dia tanya aku makan sardin. Agak-agaklah kalau nak buka cerita pun.

“Tak adalah. Sebab dari tadi saya tengok muka awak macam ikan-ikan sardin tersepit dalam tin tu ja” –
dia membalas sambil senyum meleret panjang.

“Sedapnya bahasa. Aku memandangnya pelik dan membalas “What ever”

Kau membuatkan aku kembali rindu….

Aku duduk diatas buaian di halaman. Beberapa jam yang lalu, aku telah berjumpa dengan lelaki yang pernah aku cintai.

“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri),” teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus.

Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh. Ya aku hanya perlu yakin

Aku melihat cincin yang tersarung di jari manisku saat ini. Cincin pertunangan diriku dengan lelaki yang tidak aku kenali. Kata mak dan ayah aku telah ditunangkan setahun yang lalu. Kerana permintaan dari tunangku pertunangan ini di sembunyikan dengan alasan katanya dia tidak mahu membebankan aku yang berada ditahun akhir ketika itu.
emas
Yang aku pelik bin musykil kenapa mak dan ayah menerima lamaran meraka.

Kini aku masih mempunyai masa tiga bulan sebelum pernikahan ini berlangsung dan semua sudah tersedia cuma hantaran buat bakal suamiku masih belum dibeli. Kenapa dia tak beli sekali je kan? Katanya juga dia tidak akan bertemu aku sepanjang 3 bulan ini dan akan bertemu buat pertama kali ketika akad nikah nanti dan dia mahu aku memilih hantaran mengikut kata hati.

Apa sahaja yang menjadi kesukaanku adalah kesukaannya juga. Lemah lutut mendengarkan. Pasti bakal suamiku romantik plus baik plus romantik plus sempurna. Uhuk!!! Uhuk!!….

Saat aku memikir dan mencari barang-barang hantaran buat bakal suamiku telefonku berbunyi menandakan mesej masuk.

‘Assalamualaikum bakal isteriku’…Wah encik suami mesej lah. Teruja nya.

‘Walaikumussalam tunanganku’ balasku.

‘Buat apa?’

‘Sedang fikir dan cari hantaran untuk awak’

‘Amboi awalnya. Bukan awak baru tahu tadi ke?’

‘Awal apanya. Saya yang paling lambat adalah. Siapa awak?kita pernah kenal ke?’

‘Hehee. Marahnya dia. Maaf saya tak mampu. Kita jumpa masa hari pernikahan nanti ya sayang. Cinta saya pada awak tiada tolak bandingnya yang menyebabkan saya bertindak begini.

“KITA SERASI UNTUK TERUS BERSAMA”

“Saya takut saya tak mampu jadi isteri yang terbaik untuk awak. Kita hentikan semua ni sebelum terlambat. Saya takut awak tak dapat terima Muaz. Awak tau kan status saya?”

“Sebab saya tau status awak, saya bertindak macam ni. Awak pelengkap tulang rusuk kiri saya”

Begini lah rutin harianku. Bermesej dengan bakal suamiku. Hanya mesej, tiada perbualan di telefon atau bersua muka. Tapi cinta itu makin berputik. Makin hari aku jatuh cinta pada dirinya dan dapat melupakan cinta pertamaku. Malahan aku bersendirian membeli barang-barang hantaran. Aku membeli sehelai baju, sejadah, perfume yang bau kegemaranku. Aku juga tidak mengerti.

Hati ini kuat mengatakan ya KITA MEMANG SERASI..

Kini aku didalam perjalanan ke masjid untuk pernikahan diriku dan dirinya. Masa berlalu begitu pantas. Beberapa minit lagi aku bakal dinikahkan dan bakal menjadi isteri kepada seorang lelaki yang masih belum aku kenali.

“Aku terima nikahnya Farisya Binti Azali dengan mas kahwinnya 5000 ringgit tunai”. Sah, sah dan alhamdulilah kini aku menjadi miliknya. Milik lelaki itu. Siapa dia?

Aku menunduk saat tangannya menyarung cincin perkahwinan kami. Tetapi haruman wangian ini seperti biasa ku hidu. Aku mendongak dan ternyata dia di hadapanku, Fairul..ya Fairul.. tapiii apa dah jadi isteri dan anak-anak dia???

Air mataku menitis saat dahiku dikucup. Kehangatan kucupan itu dapat kurasai.

“I’m promise this is the last time you cry because of me Farisya”. Ayat itu meluncur laju dari mulutnya sambil tangannya menyapu air mata yang menitis dipipiku.

“I am not perfect but limited edition Fairul.”

“I know. That’s why I love you so much dear. Thank you for giving me a second chance.”

“But, how about your marriage with Zurina?

“Perancangan Allah, tak ada yang mampu menghalang. Takdir telah temukan Zurina dengan lelaki yang lebih tepat dan mampu membahagiakan dia. Tapi anak-anak abang tetap di hati abang.” Aku tersenyum tanda kesyukuran.

Ya Allah engkau maha mengetahui lagi mengasihi…Ya Allah andai aku ditetapkan untuk mengisi tulang rusuk kirinya yang hilang itu, aku redha padaMu. Sesungguhnya Engkau adalah yang Maha Mengetahui mana yang terbaik buat umatmu. Tetapkan cinta ini hanya untuk dirinya dan tetapkan cintanya untuk diriku tanpa melupakan diri Mu.

Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya

“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita. Betul tak sayang abang?”

“Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita, kerana memang bukan untuk kita. Sayang Farisya untuk abang tak pernah berubah. Terima kasih abang”

“Serahkan hati ini pada Allah. Insya-Allah segalanya akan baik-baik sahaja. Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah, Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.”

Terima kasih Ya Allah, kerana engkau telah perkenankan doaku. …………..TAMAT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s