Zizan Nasihatkan Ummi Nazeera Tidak Peduli Gosip Liar

KUALA LUMPUR: Pelakon Ummi Nazeera ada berjumpa dengan aktor Zizan Razak bagi membincangkan gosip yang tersebar mengatakan mereka kini sedang bercinta.

Ummi, 26, berkata, dalam pertemuaan itu Zizan banyak menasihatinya agar tidak memperdulikan perkara berkenaan kerana ia lumrah sebagai anak seni.

“Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar.

“Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain,” katanya kepada mStar Online.
Ummi  Zizan Razak
Ummi berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen berjudul Angin Cinta di The Gardens di sini, Selasa.

Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ia turut menampilkan Zizan Razak, Zarina Zainuddin dan Shahronizam. Sumber: Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s