PAS Kelantan Gagal Tangani Pembalakan Haram, Kata ADUN PAS Husam Musa

KOTA BAHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa hari ini mempersoal kegagalan kerajaan Kelantan pimpinan PAS dalam menangani isu pembalakan haram di negeri ini.

husam_musa_MUKTAMAR_PAS_60TH_190914_TMINAZIRSUFARI_22
Husam yang juga bekas pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata Jabatan Perhutanan Kelantan sepatutnya bertindak segera kerana mempunyai anggota dan pegawai yang ditugaskan mengawal selia hutan daripada dicerobohi.

“Ada anggota dan pegawai hutan duduk dalam kawasan hutan, takkanlah orang dah curi sampai 20,000 ekar (8,093 hektar), baru tahu ada kecurian,”katanya sambil mempertikai alasan ‘laluan sulit’ sebagai penyebab kejadian itu.

“…kalau dibersihkan seluas 20,000 ekar atau 5,000 ekar (2,023 hektar) pun orang boleh tahu,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim dilaporkan berkata lebih 400 hektar Hutan Simpan Kekal Ulu Galas dan Batu Papan, Gua Musang diterokai oleh sindiket yang menggunakan nama Sultan Kelantan dan kerabat baginda.

Mereka dipercayai memperdaya penduduk supaya membeli lot-lot tanah yang diteroka dan menyertai penerokaan tanah bagi tujuan penanaman getah, kelapa sawit dan pisang.

Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS mendakwa aktiviti pembalakan yang berlaku di Kelantan bukanlah aktiviti biasa kerana pokok yang belum matang dan tidak mencapai ukuran tertentu turut ditebang.

“Yang berlaku di Kelantan sekarang bukan pembalakan biasa. Pembalakan biasa ialah pokok yang ada ukuran tertentu (sahaja yang) ditebang, (dan) hutan tidak dimusnahkan.

“Tapi yang berlaku di Kelantan adalah tebang habis untuk tujuan komersil, dan tebang habis di Kelantan adalah antara yang terbesar di Semenanjung Malaysia pada masa ini,” dakwanya. – Bernama 2 Mei 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s