Terus Bekerja, Segala Kekalutan Telah Berakhir – Ahmad Razif

mbnafi

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berharap semua pihak dapat bersama-samanya terus bekerja untuk kebajikan rakyat berikutan segala kekalutan dan isu yang berlaku telah berakhir.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak bersama bergerak ke hadapan, terus bekerja untuk kebajikan rakyat dan yang mustahak adalah bekerjasama serta terus memastikan perkhidmatan dan apa sahaja kerja yang kita buat adalah untuk kebaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Besut hari ini susulan pengesahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa beliau akan terus meneraju kerajaan Terengganu.

Najib berkata keputusan itu dibuat selepas beliau menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu untuk membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar.

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukannya selepas Sultan Terengganu melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif, berkuat kuasa 22 April lalu.

Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s