Daripada Mufti Kepada Ahli Politik, Dr Juanda Mahu Teruskan Kesinambungan BN

SIBU: Walaupun pernah menjadi mufti sebuah negeri menyeberangi Laut China Selatan, jauh meninggalkan kampung halaman, Datuk Dr Juanda Jaya tidak pernah melupakan asal usulnya di kawasan pedalaman Jemoreng, di mana beliau bertanding sebagai calon Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Baginya muka-muka yang ditemui beliau di kawasan ini kebanyakannya beliau kenal.

“Alhamdulillah, kempen dah dilakukan secara agresif. Semua penduduk di sini ialah sanak saudara, jiran dan kawan saya sejak kecil,” katanya yang merupakan anak jati Kampung Igan di Matu, di bawah DUN Jemoreng, kira-kira 70 km dari sini.

“Jadi saya pergi ke akar umbi berjumpa mereka bagi mendengar pandangan dan saranan selain meminta mereka meneruskan sokongan terhadap BN,” kata bekas mufti Perlis itu kepada Bernama.
juanda-jaya.jpeg.jpeg
Ketika ditanya apakah cabaran yang dihadapi sejak menceburi bidang politik, Juanda yang pernah menjadi timbalan mufti selama tiga tahun dan mufti enam tahun, berkata bidang politik mempunyai cabaran tersendiri yang amat berbeza dengan bidang agama yang diceburinya.

“Memang cabaran yang amat berat sebab sebagai agamawan kita banyak isu akademik, tapi dalam politik kita perlu gubal polisi yang berpadanan dengan keperluan rakyat,” kata Juanda.

Beliau ingin meneruskan kesinambungan BN dalam membangunkan kawasan luar bandar.

Juanda berkata rakyat luar bandar terutama di kawasan yang ditandinginya sudah merasai pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN Sarawak yang dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

“Sejak Tan Sri (Adenan) ambil alih jawatan Ketua Menteri, fokus beliau membangunkan kawasan luar bandar dan saya sebagai calon baharu amat menyambut baik usaha beliau kerana saya juga berasal dari luar bandar,” katanya.

Juanda berkata tidak banyak isu yang diutarakan oleh masyarakat di kawasan Jemoreng ketika beliau menjalankan kempen melainkan isu kesinambungan kepada proses pembangunan yang telah dijalankan.

“Kita sebagai calon baharu dengar apa lagi feedback rakyat terhadap kemudahan yang sedia ada antaranya berkaitan masalah jalan yang rosak dan perlu dibaiki selain masalah liputan talian telefon yang kurang meluas,” katanya.

Selain pernah memegang jawatan sebagai mufti, Dr Juanda, 45, juga merupakan bekas felo di Universiti Oxford United Kingdom.

Kerusi DUN Jemoreng bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Dr Juanda daripada BN, calon Amanah, Kiprawi Suhaili serta seorang calon Bebas Abdullah Saminan.

Sebanyak 9,699 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini.

Pada PRN Sarawak 2011, Abu Seman Jahwie daripada BN menang di Jemoreng dengan majoriti 2,926 undi menewaskan dua calon Bebas Asbor Abdullah dan Abdul Hafiz Noh.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s