Nasi Dagang Sejuk Beku Terengganu Boleh Disimpan Selama 6 Bulan

KUALA TERENGGANU: Nasi dagang sejuk beku yang dibangunkan Terengganu Kitchen Sdn Bhd boleh disimpan dalam peti ais dan dipanaskan dalam ketuhar apabila hendak dimakan, boleh bertahan selama enam bulan selepas tarikh pengeluarannya.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terenggany (YPU), Engku Mohd Hairulnizam Tuan Ahmad berkata projek menghasilkan nasi dagang sejuk beku itu bermula pada Jun 2015 dengan kerjasama Pusat Sains Kreativiti Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin dan YPU dengan kos permulaan RM200,000.

“Kami mengeluarkan produk berkenaan dengan kapasiti pengeluaran kilang sebanyak 500 bungkus sehari sejak Mac lalu,” katanya.

nasi dagang

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pemasaran T-Kitchen, Rozeli Abdul Gani, berkata pihaknya akan turut memasarkan T-Dagang di pasar raya Giant, Mydin, Tesco dan Jusco di seluruh negara mulai Oktober ini.

T-Dagang dibangunkan oleh pengusaha nasi dagang sekitar Kuala Terengganu dan kini dijual di kedai serbaneka T-Mart milik Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Padang Hiliran, Kuala Terengganu dengan harga RM8.50 sepaket.

“Bagi pasaran luar negara, kita sudah mendapat permintaan daripada beberapa pembekal yang berminat untuk memasarkannya ke Singapura, Brunei, China, Jepun dan Korea,” katanya.

Beliau juga menjangkakan nasi dagang berkenaan bakal diisytihar sebagai ‘The Longest Nasi Dagang (T’Dagang) Packet Line’ dalam Malaysia Book of Records yang akan diumumkan pada 26 Mei yang melibatkan 12,000 pek nasi sepanjang dua kilometer.

“Ia membabitkan 220 peserta yang terdiri dari usahawan, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung Kuala Nerus serta pelajar Kolej Inforana Kuala Nerus yang akan menyediakan 12,000 pek nasi dagang dari 150 gantang beras,” katanya.

Majlis dijangka dirasmikan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman. – Sumber: Bernama

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s