“Tuhan suruh saya datang ke rumah ini”

“Yang Arif, Tuhan suruh saya datang ke rumah ini.”

Itu alasan yang diberikan seorang lelaki kepada Hakim Mahkamah Tinggi yang juga pemilik rumah yang dicerobohnya kira-kira pukul 4.55 petang di Segambut, Kuala Lumpur, Kelmarin..

Kehadiran suspek pada mulanya disedari isteri hakim berke­naan yang ternampak kelibatnya di halaman rumah mereka.

Tuhan Suruh

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, wanita itu yang terkejut segera memaklumkan kejadian kepada suaminya.

Menurutnya, hakim itu terus menemui suspek dan meminta­nya beredar atau akan memanggil polis.

Ujarnya, suspek terus menuju ke bahagian belakang rumah suspek dan keluar dengan memanjat dinding selepas mendengar amaran tersebut.

“Bagaimanapun, suspek datang semula ke rumah hakim tersebut dengan menaiki kereta jenis Honda HRV berwarna putih dengan nombor pendaftaran WB8080E kira-kira 30 minit kemudian tetapi kali ini dia menekan loceng,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Munusamy, suspek telah memohon maaf kepada hakim tersebut atas tindakannya yang menceroboh rumah berkenaan dan mendakwa kedatangannya adalah kerana arahan Tuhan sebelum beredar.

“Tiada tangkapan dibuat. Siasatan awal mendapati kereta yang digunakan suspek telah disenarai dalam kenderaan hilang pada 4 April lalu,” tambahnya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: