Ahmad Bashah Malukan Saya – Aliff Syukri

Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kecewa terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang mengeluarkan kenyataan tanah rakyat Kedah tidak tergadai selepas menolak tajaan syarikatnya.

Aliff berkata, kenyataan Menteri Besar Kedah itu amat memalukan dirinya seolah-olah beliau ingin mendapat tanah di negeri itu secara percuma hasil tajaan bernilai RM30 juta.

Katanya, Ahmad Bashah sudah sedia maklum segala butiran perbincangan yang berjalan selama hampir tiga bulan dan beliau boleh berterus-terang jika ada terma perjanjian tajaan yang tidak dipersetujuinya.

“Saya cabar siapa yang boleh buktikan yang saya minta tanah percuma di Kedah dan saya boleh beri RM100 juta dan bukannya RM30 juta.

“Semua terma perjanjian syarikat saya hanya menyebut pemohonan untuk membangunkan Bandar D’Herb dengan usahasama anak syarikat kerajaan negeri.

“Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) yang menawarkan sendiri tanah di Bandar Sejahtera di Pokok Sena yang terbengkalai sejak tahun 2008,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menjawab pelbagai tuduhan selepas KFA menolak tajaan D’herb Holding (M) Sdn. Bhd. sebanyak RM30 juta pada Selasa lalu.

Ahmad Bashah dalam laman sosial Facebook sempat mengeluarkan kenyataan sejurus penolakan tajaan itu dengan berkata tanah rakyat Kedah akan dipertahankan dan tidak akan digadaikan.
bashah alif

Sementara Itu, PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) telah menetapkan pendirian untuk menolak tajaan bernilai RM30 juta bagi tempoh tiga tahun berikutan kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan sebelum ini.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, tindakan tersebut adalah berikutan terdapat syarat-syarat yang dikemukakan oleh penaja tidak dapat diterima dan tunaikan oleh pihaknya.

“Bagi saya keputusan seperti ini adalah lumrah selepas dua pihak mengadakan perbincangan dan ia tidak sepatutnya menyebabkan hubungan kedua-dua pihak menjadi keruh,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah memaklumkan bahawa pihaknya berharap agar penaja dapat memahami keputusan ini dan sekiranya ada ruang pada masa depan, KFA bersedia berbincang dengan mana-mana pihak untuk memajukan bola sepak negeri Kedah.

Tegas Ahmad Bashah, pihaknya memberi peringatan kepada peminat bola sepak negeri berkenaan bahawa KFA bukannya persatuan yang sedang mengalami masalah, dan kini masih berjalan seperti biasa serta bersemangat untuk memajukan sukan yang sudah sebati dengan rakyat negeri ini.

“Saya akur bahawa dengan penajaan, ia mampu membantu pasukan, namun ia terpaksa kami tolak buat masa ini kerana kedua pihak gagal mencapai persetujuan dalam semangat menang menang,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s