Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat

RIYADH – ARAB SAUDI. Seorang wanita Arab Saudi menuntut diceraikan suaminya, sesudah lima hari berkahwin, setelah mengetahui lelaki yang dikahwininya itu tidak patuh menunaikan suruhan Islam.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu naik berang apabila menyedari suaminya itu tidak menunaikan solat lima waktu (amalan wajib bagi umat Islam), lapor al-Marsad.

Laporan berita itu, sekali gus mencetuskan perdebatan dan perbahasan hangat di media Arab Saudi.
wanita arab1
Seorang pengguna media yang dikenali sebagai Reem menyokong tindakan wanita tersebut.

“Islam sangat jelas tentang kewajipan solat. Wanita ini jelas tidak mahu hidup dengan seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang muslim, dan perkara yang terbaik adalah untuk menamatkan perkahwinan pada peringkat yang paling awal,” ujarnya.

Sementara menurut seorang lagi, Khaled pula berkata wanita itu bertindak betul dengan meminta supaya diceraikan.

“Dia bertindak betul, apabila seorang suami tidak menunaikan suruhan Tuhan, dia tidak akan menghormati segala janjinya kepada isterinya dan cara terbaik adalah berpisah,” katanya.

Sementara bagi mereka yang menentang tindakan wanita itu berkata, wanita itu mengambil tidakan yang terlalu awal dan bersikap terburu-buru.

“Dia (wanita) itu tidak boleh terlalu tergesa-gesa, dia perlu bertimbang rasa sebelum meminta diceraikan,”kata seorang pelayar.

Dalam pada itu, menurut seorang lagi pelayar mengatakan wanita itu perlu bersabar terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Dia sepatutnya lebih bersabar dan secara beransur-ansur menyuruh suaminya untuk menunaikan solat,” kata seorang pengguna. Agensi/Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.