Berebut Harta Pusaka: Dibelasah adik Beradik Hingga Patah Tangan dan Jari Kaki

BESUT, 15 Mei (Bernama) — Seorang lelaki patah pergelangan tangan kanan dan satu jari kaki akibat dibelasah tiga adik-beradiknya gara-gara tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.

Ketua Polis Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian di Kampung Pak Kiang, Kampung Raja di sini tengah hari semalam, tiga adik-beradik mangsa berusia 17 hingga 37 tahun telah memukul mangsa menggunakan besi dan kayu.

Beliau berkata sebelum kejadian, ketiga-tiga suspek datang berjumpa mangsa berumur 33 tahun itu bagi membincangkan pembahagian harta pusaka membabitkan tanah peninggalan orang tua mereka hingga berlaku pertengkaran.

Kesemua adik-beradik mangsa ditahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s