‘Jangan buat andaian itu Safee Sali punya pistol’ – Ketua Polis Negara

safee-sali pistol fmt
KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta semua pihak tidak membuat andaian berhubung penemuan sepucuk pistol yang ditemui dalam kenderaan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali.

Khalid berkata, polis masih melakukan siasatan dan pihak yang bersalah akan dihadapkan di mahkamah.

“Kita siasat dulu. Kereta itu bukan dia (Safee Sali) yang bawa, tetapi orang lain yang guna. Jadi orang itu sudah ditangkap, biar kita (polis) siasat dulu.

“Usah kita terus buat andaian pemain bola sepak yang punya pistol. Biar kita jalankan siasatan terperinci.

“Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap senjata api itu akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Khalid berkata demikian dalam media selepas Majlis Penyerahan Cek Oleh Pengerusi DRB-HICOM untuk penajaan pendingin hawa di Surau Maktab PDRM Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Semalam, Berita Harian Online melaporkan sepucuk pistol bersama 30 butir peluru ditemui di dalam kereta Safee. – Berita Malaysiakini/Gambar FMT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s