Kahwin Serentak Di Hulu Terengganu: Pasangan Berusia 19 Tahun Memilih Cinta Halal

kahwinserentak1
KUALA BERANG – Meskipun majoriti pasangan remaja seusia mereka masih leka bercinta, namun bagi Mohd Amirul Irwan Amran, 20 dan Norashida Jaafar, 19, mereka lebih memilih untuk meneruskan percintaan secara halal dengan melayari bahtera perkahwinan.

Pasangan pengantin muda ini merupakan antara 21 pasangan yang selamat diijabkabulkan sempena Majlis Akad Nikah Keluarga Bahagia TTB: Perkahwinan Perdana Tahun 2016 Parlimen Hulu Terengganu di Masjid Sultan Mahmud, semalam.

Usia bukan penghalang

Mohd Amirul Irwan yang bekerja sebagai tukang paip berkata, walaupun dia dan isteri masih muda, tetapi mereka bersedia memikul tanggungjawab, apatah lagi keluarga kedua-dua pihak merestui hasrat ‘membina masjid’ itu.

“Memang kalau diikutkan, usia macam saya dan isteri dikatakan masih muda untuk berkahwin, tetapi saya tidak fikir umur sebagai penghalang kerana lebih penting kami melengkapi antara satu sama lain dan bertolak –ansur.

“Mungkin peringkat awal ini saya dan pasangan agak kekok, tetapi kami akan sama-sama belajar untuk menyesuaikan diri. Saya tahu alam rumah tangga memang tidak sama dengan zaman bercinta atau bertunang. Walaupun terikat dengan tanggungjawab pada keluarga, namun saya tidak rasa menyesal berkahwin muda. Saya sendiri tidak sangka akan tamatkan zaman bujang di awal usia, tetapi jodoh pertemuan telah ditetapkan ALLAH SWT,” katanya.

Menurut anak kedua daripada lima beradik dari Kampung Kubang Jambu, Kuala Terengganu itu, dia mengikat tali pertunangan dengan isteri pada Disember tahun lalu setelah lima tahun berkenalan.

“Kisah perkenalan kami bermula melalui telefon. Saya kawan kepada rakan dia. Kami berkawan dengan hanya berhubung melalui telefon selama hampir setahun, ketika itu saya tingkatan tiga dan isteri tingkatan dua. Kemudian saya memberanikan diri berjumpa dan hubungan kami diketahui kedua-dua keluarga. Alhamdulillah, keluarga merestui dan kami ikat tali pertunangan akhir tahun lalu, hari ini (semalam) sah jadi suami isteri.

“Saya tahu adanya program perkahwinan perdana ini daripada isteri. Pada mulanya dia cuma berseloroh untuk ikut serta. Saya kemudian maklumkan pada keluarga, tidak sangka semua ahli keluarga setuju dan merestui hasrat kami berkahwin pada usia begini,” katanya.
pehimi kahwin
Sedia pikul tanggungjawab

Sementara itu, bagi Norashida yang berasal dari Kampung Imam Lapar dan merupakan anak kelima daripada sembilan beradik, setiap isteri pasti mengharapkan agar perkahwinan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Kehidupan selepas ini pasti jauh berbeza, namun saya telah bersedia. Saya perlu belajar lebih banyak perkara mengenai alam rumah tangga, termasuk bab masak-memasak,” katanya.

Bagi pasangan Mohamad Shah Fitri Ahmad, 22 dan Nur Rifhan Adlin Ramli, 21, mereka bersyukur kerana perkenalan yang bermula melalui aplikasi WeChat lebih kurang tiga tahun lalu, berakhir ke jinjang pelamin, sekali gus menjadi kemuncak percintaan mereka.

Katanya yang bekerja sebagai kelindan lori dan berasal dari Kampung Binjai Manis, Manir, sifat memahami merupakan antara ciri yang membuatkan dia tertarik untuk menyunting gadis dari Kampung Tanjung Sabtu, Manir itu sebagai permaisuri hidupnya.
kahwin pehimi1
Resepsi serentak pada 22 Mei

Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Parlimen Hulu Terengganu, Wan Zakaria Wan Mamat berkata, pihaknya menerima keseluruhan 34 permohonan bagi parlimen untuk menyertai program Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 23 permohonan diluluskan, namun dua daripadanya menarik diri menjadikan jumlah pasangan bagi parlimen Hulu Terengganu sebanyak 21 dan ijab kabul diadakan secara serentak membabitkan semua parlimen di Terengganu.

“Majlis resepsi semua pengantin baharu diadakan pada tarikh sama di setiap parlimen iaitu 22 Mei depan. Bagi Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur di Jenagur,” katanya. Laporan Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s