Najib Turun Terengganu 23 Mei Ini

Oleh Aida Abd Rahman
(Teganukita.my)

PM1
Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijadual bakal mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada 23 Mei ini.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Najib dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 8.45 pagi dan memulakan lawatan kerjanya dengan meninjau Pasar Besar Kedai Payang serta menemui peniaga di situ.

“Kita terima peruntukan RM72 juta untuk bina baharu serta menaiktaraf Pasar Payang. Perdana Menteri akan melawat dan melihat melihat model kompleks bangunan baharu Pasar Payang itu nanti,” katanya.

Selepas itu, kira-kira jam 11 pagi Najib akan merasmikan Ijtimak Pondok di Universiti Malaysia Terengganu sebelum mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan Barisan Nasional Negeri di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu pada jam 1 petang.

Beliau juga dijangka akan menyampaikan sumbangan kepada kepada keluarga Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Haron, pengawal peribadi Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, antara mangsa korban nahas helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada masa yang sama, turut diadakan tahlil kepada arwah, di rumah keluarganya di Kampung Bukit Cempaka.

Pada 3 petang, beliau dijadual merasmikan Projek Akuapolitan Kuala Nerus di KTCC Muara utara Hujung Tanjung, Seberang Takir sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Perdana Menteri akan menyampaikan sijil penyertaan kepada tujuh wakil murid sekolah yang menyertai Program Empower Akademik ECER dan peserta program Empower ECER Seberang Takir. – Teganukita

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s