Sewa Percuma Di MARA Digital Mall Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR 02 JANUARY 2016. Tinjauan orang ramai hadir di Mara Digital Mall. NSTP/Saddam Yusoff

KUALA LUMPUR 02 JANUARY 2016. Tinjauan orang ramai hadir di Mara Digital Mall. NSTP/Saddam Yusoff


PETALING JAYA 19 Mei – Para peniaga di pusat barangan teknologi maklumat (IT) Bumiputera, MARA Digital Mall di seluruh negara akan turut menikmati pengecualian bayaran sewa selama enam bulan sama seperti MARA Digital Mall di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian telah memutuskan untuk memberi sewa percuma itu sama seperti diberikan kepada bakal peniaga di MARA Digital Mall di Anggerik Mall, Shah Alam dan Glomac Mall di Damansara, kedua-dua mall itu akan dibuka pada masa yang terdekat ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata, subsidi sewa itu diberikan sebagai bantuan sementara bagi peniaga memulakan perniagaan selama tempoh enam bulan sehingga perniagaan mereka stabil dan mendapat keuntungan, ia bukannya layanan istimewa kepada para peniaga seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

Beliau berkata, MARA Digital Mall di Anggerik Mall akan dibuka pada akhir bulan depan (Jun), kelewatan pembukaan mall itu disebabkan bangunan berkenaan mengalami kebocoran dan kerosakan akibat ribut baru-baru ini, Justeru, pembukaan terpaksa ditunda atas sebab keselamatan.

“Para peniaga perlu memulakan perniagaan mereka pada masa yang sesuai kerana pada bulan puasa, kebiasaannya orang ramai gemar membeli pakaian baju raya berbanding telefon bimbit dan barangan IT,” katanya.

Pada Disember tahun lepas, Ismail Sabri berkata, MARA Digital Mall akan diperluas di setiap ibu negeri seluruh negara tahun ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan Bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan IT. – BERNAMA/Gambar NST

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s