Ada Pihak Nak Sabotaj Lawatan PM Ke Terengganu 23 Mei Ini

KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menafikan mengeluarkan sebarang berita yang menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan lawatan rasmi ke Terengganu.

Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Ngah berkata berita itu adalah palsu dan fitnah.

“Ini kali keempat Bernama digunakan sebagai sumber berita dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp. Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai berita palsu ini oleh Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman dan saya berharap tiada sesiapa yang akan percaya mengenainya,” katanya di sini Khamis.

Berita palsu itu menyatakan bahawa lawatan yang sepatutnya berlangsung pada 23 Mei ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Zalina Maizan berkata sehingga kini tidak ada seorang pun wartawan Bernama dari Terengganu yang menulis berita sedemikian dan keadaan terbaharu ini akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seperti mana laporan palsu sebelum ini.

Pada 11 Mac lepas, Zalina Maizan membuat laporan polis berkaitan artikel bertajuk ‘Rosli Sedia Jadi Penggerak Puteri UMNO Terengganu’ dan pada 20 April lepas, laporan polis kali kedua dibuat berkaitan artikel ‘Pas Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri’.

Beliau sekali lagi membuat laporan polis pada 4 Mei berhubung artikel yang bertajuk ‘UMNO Terengganu Berdepan Laluan Sukar Hadapi Pilihan Raya-Veteran’.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s