Jamil Khir Lawat, Bantu Mangsa Kebakaran Di Kampung Guar Jumaat

GURUN: Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengunjungi keluarga yang rumah mereka rosak dalam kebakaran kira-kira 11 malam tadi di Kampung Guar Jumaat di sini.

Selain menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban keluarga itu, Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut memberi jaminan akan membantu keluarga itu membina semula rumah mereka.

“Saya ada berbincang untuk menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada keluarga mangsa, paling tidak dapat menyiapkan bumbung rumah yang dilihat masih boleh dibaiki.

“Kami akan bantu mangsa, anggaran kos belum tahu tetapi saya harap ia akan dapat disiapkan dalam masa yang singkat, sebelum Ramadan menjelang,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga itu.
jkhir
Siti Aishah Noh, 41, berkata dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk mengadakan majlis tahlil untuk arwah bapanya hari ini tidak kesampaian.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana dirinya dan tiga anak perempuannya berumur 13, enam dan empat tahun berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan jiran, manakala suaminya Ibrahim Abdullah, 48, tiada di rumah dan ibunya Halimah Dollah, 90, yang tinggal bersamanya berada di rumah saudaranya ketika kejadian itu.

“Saya sudah memasak enam biji kek dan beberapa hidangan lain (untuk majlis tahlil) dan kira-kira pukul 10 malam, saya mengambil keputusan untuk tidur sebentar akibat keletihan,” katanya.

Wanita itu berkata dia hanya tersedar selepas mendengar jiran-jiran memekik tentang api yang marak.

Siti Aishah berkata mereka kini menumpang di rumah anggota keluarga yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s