Najib Kena Nasi Dagang Di Pasar Besar Payang

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi menikmati hidangan nasi dagang di Pasar Besar Kedai Payang sambil mendengar taklimat projek pembinaan Pasar Besar Kedai Payang baharu, sempena lawatan rasmi beliau sejak Terengganu bergetar sebulan lalu.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Rosli Yusof.

KUALA TERENGGANU 23 MAY 2016.   Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) diiringi Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman melambai tangan kepada peniaga  semasa membuat tinjauan mesra (Walkabout) di Pasar Besar Kedai Payang sempena lawatan kerja di negeri Terengganu.NSTP/IMRAN MAKHZAN.

KUALA TERENGGANU 23 MAY 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) diiringi Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman melambai tangan kepada peniaga semasa membuat tinjauan mesra (Walkabout) di Pasar Besar Kedai Payang sempena lawatan kerja di negeri Terengganu.NSTP/IMRAN MAKHZAN.


Sementara itu, Lebih 10,000 orang menyambut ketibaan Perdana Menteri yang tiba kira-kira jam 9.30 pagi disambut Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Osman Muda dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zuber Embong.

Sebaik tiba di Pasar Besar Kedai Payang, Najib menyampaikan insentif khas sebanyak RM200 kepada 52 pengayuh beca dan 18 pemandu bot penambang.

Perdana Menteri meluangkan masa hampir setengah jam beramah mesra dengan peniaga sebelum menikmati jamuan secara santai di tingkat atas Pasar Besar Kedai Payang.

Presiden UMNO itu sempat mengadakan lawatan dan beramah mesra dengan peniaga di Kampung Cina sebelum ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk merasmikan Program Ijtimak Pondok Malaysia. Sumber asal Berita Harian. Gambar juga BH Online.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s