Semua Kerusi PAS di Selangor Akan Diambil Amanah

SHAH ALAM 25 MAY 2016. Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Negeri Selangor Abbas Azmi (dua kanan) bersama barisan exco pemuda Amanah Negara mengadakan sidang media Pilihanraya Kecil Sungai Besar di Pejabat Amanah Selangor, Seksyen 13, Shah Alam. NSTP/ROSLIN MAT TAHIR

SHAH ALAM 25 MAY 2016. Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Negeri Selangor Abbas Azmi (dua kanan) bersama barisan exco pemuda Amanah Negara mengadakan sidang media Pilihanraya Kecil Sungai Besar di Pejabat Amanah Selangor, Seksyen 13, Shah Alam. NSTP/ROSLIN MAT TAHIR


SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor memperlekeh kekuatan jentera pilihan raya PAS apabila menyifatkan ia bukan faktor utama kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Ketua Pemuda Amanah negeri, Abbas Azmi, berkata mengambil contoh pada pilihan raya umum (PRU) lalu, PAS tewas di Parlimen Jerai, Kedah walaupun jentera parti itu berjaya menarik ribuan hadirin setiap kali ketika berkempen.

“Sekuat mana pun jentera PAS, jika ia tidak diterima pengundi, mereka (PAS) akan kalah juga. Walaupun jentera Amanah sedikit, tetapi ia bukan ukuran. Ini kerana, akhirnya yang akan mengundi dan membuat keputusan ialah pengundi itu sendiri.

“Kita semua tahu sudah menjadi budaya PAS, setiap kali mereka berkempen atau berceramah, beribu-ribu akan turun mendengar, tetapi mereka kalah juga di Kedah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abbas berkata, Amanah Selangor tetap dengan pendirian untuk bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan semua kerusi milik PAS di negeri ini pada PRU akan datang.

“Amanah adalah pengganti PAS, jadi semua kerusi PAS di negeri ini akan jadi milik Amanah,” katanya. – BH Online

Advertisements

3 thoughts on “Semua Kerusi PAS di Selangor Akan Diambil Amanah

  1. Silakan PAN. X salah pun, lagi pun Malaysia sebuah negara demokrasi. Allah maha mengetahui apa yg kita mahu n apa yg kita perjuangkan

    Like

  2. kah kah kah….sama kan mcm dap kat Sarawak, ceramah ribu ribu datang, tapi kalah jugak.Amanah??? lagilah.. sembang mahu besar nak jaga abang besar

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s