Perbahasan RUU Jenayah Syariah Ditangguh Pada Oktober

KUALA LUMPUR: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud hanya akan dibahaskan di Parlimen pada Oktober depan atas permintaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi yang membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat pada pagi Khamis membuat permintaan bahawa ia akan dibahaskan pada persidangan akan datang.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman mahu mempercepatkan usul tersebut di dalam senarai aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.

RUU itu disenaraikan sebagai item No.15 dalam senarai aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen pembangkang membantah usul Azalina itu dengan alasan masa tidak mencukupi telah diberikan untuk meneliti RUU tersebut.
hadi najib1
Anthony Loke (DAP-Seremban) berkata ia adalah kali pertama RUU persendirian itu dipercepatkan dibawah Kertas Perintah untuk perbahasan.

“Ia hanya dibahaskan pada pagi tadi oleh Hadi dan dipercepatkan ke item No.15 dibawah Kertas Perintah untuk perbahasan.

“Adakah langkah pada saat akhir ini satu muslihat politik?,” katanya.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul itu diundi secara terbuka di Parlimen.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s