Tiada Tanah Sesuai Untuk Bina Rumah Mampu Milik Di Kelantan

TANAH MERAH: Kerajaan Kelantan menghadapi kekangan dalam mendapatkan tanah yang sesuai bagi pembinaan perumahan mampu milik untuk rakyat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Ab Fattah Mahmood berkata kekangan tersebut berkemungkinan akan membantutkan sasaran kerajaan negeri untuk membina 5,000 buah rumah mampu milik menjelang 2018.

“Kami menghadapi masalah berkenaan berikutan tanah milik kerajaan negeri tidak banyak di kawasan berdekatan dengan bandar, sekiranya ada ia agak berada di pedalaman.

“Jika kami membangunkan kawasan perumahan tersebut di kawasan pedalaman, ia akan merugikan kerajaan negeri kerana tidak ada rakyat yang berminat memandangkan kawasan itu jauh dari bandar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rumah Contoh Projek Rumah Mampu Milik Kelantan di Pasir Genda, Bukit Gading di sini hari ini.

Ab Fattah berkata setakat ini, sebanyak 3,000 buah rumah mampu milik di seluruh negeri ini dalam proses pembinaan dan sebahagiannya hampir siap.

Sebanyak 64 buah rumah akan dibina di Projek Rumah Mampu Milik, Pasir Genda yang dijangka disiapkan akhir tahun ini.- Bernama 25/5/16.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s