Presiden Parti Komponen BN Tak Jadi Letak Jawatan, Kerana Pindaan Akta 355 Bukan Hudud

PRESIDEN MIC, Datuk S Subramaniam menyertai pemimpin BN yang lain akan meletakkan jawatan daripada kabinet jika hudud dilaksanakan.

Itulah kenyataan beliau seperti dilaporkan oleh portal pembangkang Malaysiakini, yang bermaksud jika usul pindaan RUU Akta 355 berkaitan hukuman denda di mahkamah syariah, maka ianya tiada berkaitan dengan hudud.

Tiada istilah hududpun digunakan oleh Presiden PAS ketika membentangkan usul berkenaan dan ini juga selari dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa usul yang dibawa Presiden PAS bukan hudud seperti yang sengaja dipropagandakan media pembangkang.

drsubra
tiong
Selain Subramaniam, pemimpin MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong serta Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong juga mengancam meletak jawatan jika hudud dilaksanakan. Yang bermakna jika bukan hudud, maka tiada kaitan dengan meletak jawatan.

Permainan bahasa seperti ini biasa dikalangan ahli politik.
hadi najib1
Isu ini berbangkit apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Khamis lalu membacakan usul Rang Undang-Undang persendirian untuk meminda hukuman lebih berat dalam undang-undang syariah, sebelum menangguhkannya.

Yang menjadi penentang utama dan sengaja mengaitkan dengan hudud ialah Setiausaha Agung DAP. Lim Guan Eng dan disokong penuh ayahnya, Lim Kit Siang.

Subramaniam menjangkakan rang undang-undang itu akan membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, yang kemudian mungkin merebak ke negeri-negeri lain.

Ini kemudian akan mewujudkan dua sistem undang-undang jenayah, yang katanya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menteri kesihatan itu berkata MIC juga mahu penjelasan lanjut daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai rang undang-undang itu kerana mengatakan ia tiada kaitan dengan hudud.

“Saya berharap kenyataan perdana menteri bahawa kita hanya akan membuat keputusan mengenai hudud setelah mendapat persetujuan akan diberi keutamaan,” katanya seperti dilaporkan portal berkenaan.

Advertisements

One thought on “Presiden Parti Komponen BN Tak Jadi Letak Jawatan, Kerana Pindaan Akta 355 Bukan Hudud

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s