Polis Tahan Nelayan Hina TMJ Di Facebook

tmj
JOHOR BAHARU: Seorang nelayan ditahan di atas botnya semasa berada di perairan Tenggara, Pulau Tioman hari ini kerana dipercayai menghantar mesej berbaur jelik dan menghina Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui laman sosial Facebook pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata bertindak atas maklumat, polis menahan nelayan berusia 46 tahun itu yang dipercayai pemilik akaun ‘Minah Pendek’ pada kira-kira 11 pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya menerima dua laporan polis pada 8.20 pada dan 9 pagi Sabtu lepas berikutan penghantaran mesej jelik, menghina dan menyakitkan hati Tunku Ismail.

“Suspek didapati memuat naik mesej itu menerusi akaun Facebook atas nama ‘Minah Pendek’. Ekoran itu, kami membuka dua kertas siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata pihaknya turut merampas dua unit telefon bimbit bersama sim kad telefon bimbit daripada nelayan itu.

Nelayan itu akan direman esok untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.- BERNAMA 31 Mei 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s