Terengganu Tamatkan Jawatan Kluster Berelaun RM5,000 Sebulan

MENTERI Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan dakwaan penamatan jawatan kluster tiga bulan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan mempunyai kaitan dengan isu pihak yang dikatakan tidak ‘sebulu’ dengan beliau.

Sebaliknya, beliau berkata jawatan kluster berkenaan yang ditamatkan berkuat kuasa hari ini bertujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri dan memperkasakan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T).

“Ada antara mereka (bekas anggota kluster) akan diserap ke dalam MEN-T bagi tujuan menggerakkan lagi MEN-T,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan kerajaan negeri menamatkan jawatan kluster yang diwujudkan pada September tahun lalu, berkuat kuasa hari ini, iaitu tiga bulan sebelum tempoh kontrak berakhir.

Jawatan kluster diwujudkan Ahmad Razif selepas mengambil alih pentadbiran negeri dua tahun lalu.

Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional dilantik secara kontrak memegang jawatan itu dengan dibayar insentif bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dengan setiap kluster dipertanggungjawabkan portfolio berbeza iaitu agama, politik, pendidikan, pelancongan, pelaburan dan media. – Bernama 2/5/16

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s