Adenan Tolak Pindaan Akta Mahkamah Syariah Hadi

KUCHING: Parti politik terbesar di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, yang juga Presiden PBB berkata, ini kerana Sarawak adalah sebuah negeri berbilang kaum dengan populasi orang Islam terdiri daripada kira-kira satu perempat daripada keseluruhan penduduk.

“Kita tidak akan menyokong RUU hudud. Kami berbilang kaum dan umat Islam hanya 25 peratus. Kami bukan Kelantan.

“Pada dasarnya, kami menentang Rang Undang-undang hudud,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di ibu pejabat parti itu di sini, Ahad.

PBB adalah parti tunjang kerajaan Barisan Nasional dan kedua terbesar di Parlimen apabila mempunyai seramai 14 Ahli Parlimen selepas Umno yang mempunyai 86 wakil rakyat.

RUU yang dibentangkan oleh Hadi di Parlimen bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 berkaitan dengan had jumlah hukuman.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata Sarawak tetap dengan pendiriannya untuk tidak melaksanakan hudud di negeri itu. -mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s